Pada 10 Oktober lalu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada netizen Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 11 haribulan. Secara langsung, ini bermaksud ramai para profesional yang sebelum ini bekerja dari rumah, kini harus kembali ke pejabat masing-masing. Sempena itu, jenama MSI yang mengkhususkan diri dalam komputer dan aksesori terkemuka ingin membantu seluruh netizen dengan promosi jualan MSI ‘Back to Office’!

Promosi jualan Back to Office oleh MSI menawarkan diskaun sehingga RM800 untuk komputer riba gaming manakala diskaun hingga RM400 ditawarkan untuk komputer riba produktiviti perniagaan dan pembuatan kandungan. Promosi ini sudah pun bermula dan akan berlangsung hingga 14 November! Antara produk yang dipromosikan terdiri daripada komputer riba Creator Z16 serba baru, E13FlipEvo yang direka untuk perniagaan & produktiviti, dan komputer riba gaming Stealth 15M.
Ingin pengalaman produktiviti yang lebih baik di pejabat? Jangan tunggu lagi dan klik pada pautan INI untuk membeli komputer riba MSI anda sekarang!
Pada masa yang sama, MSI bekerjasama dengan Ubisoft untuk menggandakan lagi tahap keseronokan Far Cry 6 dengan menerapkan teknologi Ambient Link yang menyatukan pencahayaan RGB dengan aksi di dalam paparan. Secara ringkas, Ambient Link akan menyegerakkan panel cahaya modular dan Mystic Light untuk produk MSI GAMING tertentu dengan gameplay yang kita lihat di skrin untuk mencipta pencahayaan realistik yang mensimulasikan skema warna permainan sambil menyerlahkan dunia Far Cry 6 ke bilik pengguna.

Seterusnya, pengguna yang membeli produk MSI Gaming terpilih boleh memuat turun Far Cry 6 Edisi Standard (PC) secara percuma. Promosi ini ditawarkan untuk masa yang terhad bermula pada 7 Oktober dan berakhir pada 31 Oktober 2021 Tempoh promosi berbeza mengikut produk dan MSI berhak untuk mengakhiri promosi apabila kehabisan kod permainan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terpilih, sila lawat halaman promosi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post