Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Malaysia Mulakan Kempen Pra-Tempahan Laptop Gaming Berkuasa RTX 50 Series!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Malaysia Mulakan Kempen Pra-Tempahan Laptop Gaming Berkuasa RTX 50 Series!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Malaysia kini membuka pra-tempahan rasmi untuk siri laptop terbaru mereka yang dilengkapi pemproses AMD dan Intel terkini serta GPU NVIDIA GeForce RTX 50 Series.

Dari 25 Februari hingga 31 Mac 2025, pelanggan boleh mendapatkan laptop berkuasa ini dengan harga early-bird eksklusif melalui kedai dalam talian terpilih dan kedai konsep MSI, sementara stok masih ada.

Kredit: MSI

Keistimewaan untuk pembeli awal bukan sekadar harga istimewa. Pelanggan yang membeli laptop dengan RTX 5090 atau 5080 juga boleh menyertai program “Review and Receive”, berpeluang menebus USD 30 Steam Wallet sebagai ganjaran.

MSI menawarkan pelbagai model laptop RTX 50 Series untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Titan Series berfungsi sebagai pengganti desktop bagi mereka yang memerlukan kuasa maksimum, manakala Raider Series menyasarkan gamer tegar dengan rekaan bar mystic-light yang unik.

Vector Series pula menampilkan reka bentuk industri moden yang sesuai untuk jurutera dan pencipta kandungan, sementara Stealth Series menawarkan pilihan yang nipis dan ringan bagi mereka yang mengutamakan mobiliti.

Laptop baharu dengan GeForce RTX 50 Series ini membawa keupayaan AI yang luar biasa untuk gamer dan para creator. Pengguna boleh menikmati peningkatan prestasi dengan NVIDIA DLSS 4, kelajuan “image generation” yang lebih pantas, serta keupayaan kreatif yang dipertingkatkan melalui NVIDIA Studio.

Kredit: MSI

Setiap laptop dalam siri ini dilengkapi inovasi teknologi terkini, termasuk SSD PCIe Gen 5 dengan paip haba khas, memori DDR5-6400 berkelajuan tinggi, pilihan skrin Mini LED 4K, serta teknologi MSI Overboost untuk memaksimumkan prestasi pemproses.

Model flagship Titan 18 HX Dragon Edition Norse Myth menonjol dengan motif naga 3D edisi terhad yang dihasilkan menggunakan teknik ukiran logam canggih. Setiap unit diproses secara manual untuk kemasan eksklusif, menjadikannya unik.

Laptop MSI ini turut hadir dengan aksesori khas dan dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 285HX serta GPU NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop. Ia menampilkan teknologi MSI OverBoost Ultra yang mengurus gabungan kuasa CPU/GPU sehingga 270W dan skrin Mini LED 4K 18 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Kredit: MSI

Bagi gamer tegar, Raider Series menawarkan pilihan pemproses AMD Ryzen 9 9955HX3D atau Intel Core Ultra 9 285HX, digandingkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop.

Vector Series pula memberikan prestasi luar biasa untuk aplikasi AI dan perisian reka bentuk 3D, dengan model 16 inci yang menampilkan GPU GeForce RTX 5080 Laptop, bermula pada harga RM14,999.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-tempahan di SINI atau kedai konsep MSI sementara stok masih tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopMSI MalaysiaRTX 50
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!

Next Post

EKSKLUSIF: Di Sebalik Fenomena Pokémon – Interviu Bersama Susumu Fukunaga dari The Pokémon Company

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
EKSKLUSIF: Di Sebalik Fenomena Pokémon – Interviu Bersama Susumu Fukunaga dari The Pokémon Company

EKSKLUSIF: Di Sebalik Fenomena Pokémon – Interviu Bersama Susumu Fukunaga dari The Pokémon Company

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd