Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI GF75 Thin 9SC Review- Nipis, Ringan & Berkuasa!

Komponen terhebat di badan yang kecil.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
MSI GF75 Thin 9SC Review- Nipis, Ringan & Berkuasa!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI GF75 Thin 95C memang kena dengan namanya. Semasa unboxing, saya memang tertarik dengan betapa nipis dan anggun reka bentuk laptop ini. Dengan ukuran 2.5cm sahaja, GF75 Thin 95C lebih nipis daripada kebanyakan laptop gaming tradisional di luar sana.

Rangka badan yang nipis ini adalah satu fokus utama bagi pemain yang sering merantau. Pada 2.134kg, GF75 Thin 95C tidak akan memenatkan belakang anda dan hakikat bahawa ia sangat berkuasa dalam prestasi, membuat saya lebih jatuh cinta.

ESTETIK DAN REKA BENTUK!

Reka bentuk MSI GF75 Thin 9SC sangat lawa sekali. MSI telah memilih untuk rekaan yang lebih premium untuk  laptop ini dan sentuhan aluminium pada penutup laptop adalah perubahan yang amat dialu-alukan berbanding plastik standard yang kami lihat dengan beberapa model lain mereka. Laptop ini mempunyai sistem “drop down hinge” yang daripada perspektif reka bentuk sebenarnya sangat membantu untuk beberapa sebab khusus.

 

1 of 3
- +

PRESTASI TERBAIK WALAUPUN BADAN KECIL!

GF75 Thin 9Sc memang nampak hebat tapi adakah ia berfungsi dengan hebat? Intel 9th generation i7 9750h digunakan untuk laptop ini dan kuasa pemprosesannya mempunyai sedikit peningkatan berbanding generasi i7 8750h sebelumnya. Ini membuatkan MSI dan Intel amat bangga dengan fakta peningkatan prestasi 10% berbanding pemproses generasi i7 yang terdahulu. Pemacu NVME 500GB memastikan boot up yang pantas dan digandingkan dengan 16GB DDR4 RAM dan Nvidia GeForce® GTX 1650, GF75 Thin 9SC adalah laptop yang cukup hebat.

Kami juga menguji PlayerUnknown’s Battlegrounds dan ia berfungsi ini tanpa sebarang masalah pada setting Ultra, dengan kadar frame rate sehingga 70 FPS. Dalam ujian terakhir kami, kami cuba bermain Metro Exodus dan agak terkejut apabila permainan video tersebut default-kan diri ke High setting. Selain itu, framerate juga tidak lari daripada 53 sehingga 60 FPS bergantung kepada aksi di dalam permainan. Sejujurnya, ini perkara yang benar-benar menakjubkan.

JANGKA HAYAT BATERI & SISTEM PENYEJUKAN EFEKTIF

MSI GF75 Thin 9Sc mempunyai jangka hayat bateri 7 jam tetapi prestasi sebenar amat berbeza bergantung pada tetapan yang akan anda gunakan. Dalam ujian kami, kami bertahan sehingga 5 jam jangka hayat bateri daripada cas penuh dengan skrin pada kecerahan 25% dan fan control yang ditetapkan kepada auto.

Apabila sebuah laptop mengandungi 9th gen i7 processor yang garang dan GPU kuat yang mengikut standard hari ini, kepanasan pasti antara isu yang muncul dalam fikiran anda kan. Syukurlah auto fan control milik GF75 Thin 9Sc berfungsi dengan baik dalam menjaga suhu komputer riba anda. Pengguna boleh mengaktifkan kawalan kipas  melalui MSI Dragon Center tetapi apabila diaktifkan, laptop akan menjadi gangguan bunyi.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, MSI GF75 Thin 9Sc ialah sebuah laptop hebat yang mempunyai kuasa pemprosesan kuat, kad grafik yang lawa dan jumlah RAM yang lebih daripada cukup. Satu-satunya kelemahan laptop ini ialah jangka hayat baterinya (tetapi mana-mana laptop pun tetap masalah kan? ?). Selepas segala yang dikatakan di atas, sukar untuk mencari kekurangan MSI GF75 9Sc atas alasan reka bentuknya yang ergonomik dan prestasi keseluruhan yang cemerlang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 16GB DDR4 RAMCooler BoostIntel 9th generation i7 9750hMSIMSI GF75 Thin 9SCNvidia GeForce® GTX 1650NVME 500GB
Previous Post

5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!

Next Post

Jom Flashback Senarai “Gundam Mobile Suits” di dalam Siri TV dan Filem Animasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jom Flashback Senarai “Gundam Mobile Suits” di dalam Siri TV dan Filem Animasi!

Jom Flashback Senarai "Gundam Mobile Suits" di dalam Siri TV dan Filem Animasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd