Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun – peluang dapat laptop baru pada harga RM999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Monitor, Promosi, Teknologi, Tempatan
0 0
0
MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun – peluang dapat laptop baru pada harga RM999!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI, dengan kerjasama Thunder Match Technology (TMT), mengumumkan hari ini bahawa mereka akan membuka ‘Concept Store‘ terbaharu di Mid Valley Megamall pada 19 Jun 2023. MSI Concept Store direka untuk menjadi syurga buat peminat PC dengan menawarkan barisan lengkap komputer riba, monitor, gear, dan banyak lagi, bagi memenuhi setiap keperluan dan keinginan netizen Malaysia.

Pertama sekali, MSI Concept Store menampilkan pilihan laptop gaming yang luas dan mengagumkan. Pasti akan membawa anda ke alam gaming yang mengasyikkan, pelbagai laptop disediakan bermula “daripada pemproses sepantas kilat hingga ke kad grafik berteknologi tinggi”. Setiap laptop sepatutnya dapat menyampaikan prestasi lancar, dan memastikan pengalaman kita sentiasa didahulukan oleh produk.

Manakala, bagi individu yang mementingkan perniagaan atau pelajaran, sejumlah laptop canggih lain telah direka untuk meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja berbilang tugas. Bukan itu sahaja, MSI juga ingin memenuhi keperluan pengguna kreatif dengan laptop yang dioptimumkan untuk penciptaan kandungan. Sama ada anda seorang designer, editor video atau jurugambar, anda boleh menemui ‘teman’ sempurna untuk melaksanakan visi itu bersama.

Bagi mereka yang mencari pengalaman visual terkemuka, Concept Store juga menampilkan pelbagai monitor gaming dan monitor yang direka khusus untuk penciptaan kandungan dan tontonan terperinci – lalu memastikan pengguna tidak perlu berkompromi dengan kualiti imej dan ketepatan warna.

MSI menawarkan pengalaman imersif di Zon Khas

Pengunjung kedai turut boleh melawat “Experience Zone” di MSI Concept Store untuk mengalami dunia gaming dengan mata sendiri selepas diangkut ke dunia pertempuran maya atau pengembaraan yang mendebarkan. Pengguna hanya perlu “duduk, ambil controller, dan mengalami sahaja”.

Di bahagian lain, ada juga “Experience Zone” berorientasikan perniagaan/business yang menjemput pengguna untuk menyelam ke dalam persekitaran simulasi profesional. Duduk dalam ruang yang selesa, dikelilingi dengan alatan dan teknologi yang anda perlukan untuk bekerja cemerlang. Visi MSI adalah untuk pengunjung kedai mengalami dan menyaksikan kecekapan produk MSI serta meneroka apa yang ia boleh tawarkan dalam suasana profesional.

Tawaran StarBuy sempena Grand Opening

Untuk meraikan pembukaan besar MSI Concept Store pada Jumaat ini, pelbagai promosi eksklusif StarBuy akan ditawarkan. Di sini, anda berpeluang menjadi salah seorang yang bertuah untuk mendapatkan laptop Modern 14, di mana hanya 10 unit tersedia dengan harga RM999! Pada masa yang sama, MSI mempunyai kuantiti monitor gaming terhad dengan harga bermula dari RM199, jadi jika anda ingin upgrade pengalaman gaming tanpa mengacau bajet, inilah masanya.

Masih ada lagi! 20 pelanggan pertama yang membeli laptop pada hari pembukaan akan menerima hadiah percuma eksklusif iaitu – Printer Canon E470 bernilai RM279! Sebagai tanda penghargaan, MSI turut akan memberi hadiah untuk 30 pelanggan terawal yang membeli apa-apa jenis produk.

Lokasi

  • Tempat: MSI Concept Store, S-079, 2nd Floor, Mid Valley Megamall
  • Tarikh: Jumaat, 19 Mei 2023

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi MSI Gaming Malaysia. Jika berminat, baca segala berita kami tentang produk MSI di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopMid ValleyMSI Concept StoreTeknologi
ShareTweetSend
Previous Post

Avatar: The Way of Water Akan Tiba di Disney Plus Jun Ini!

Next Post

Mencari game ‘free-2-play’ FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mencari game ‘free-2-play’ FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!

Mencari game 'free-2-play' FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd