Razer telah mengumumkan dua gaming mouse mat saiz ultra besar baharu iaitu ‘Razer Strider Chroma’, gaming mouse mat hibrid pertama di dunia dengan fungsi Razer Chroma RGB dan ‘Razer Goliathus Chroma 3XL’, sebuah gaming mouse mat lembut dengan dalam saiz 3XL yang sangat besar.
Razer Strider Chroma

Sebagai alas tetikus yang lembut/keras hibrid, Razer Strider Chroma menawarkan permukaan yang licin tetapi keras, lantas membolehkan pergerakan tangkas. Berukuran 900mm x 370mm dengan ketebalan 4mm, alas besar ini menyediakan ruang yang cukup untuk keyboard dan mouse anda. Dengan tapak anti-slip, bahagian bawah diperkukuh dengan corak beralur supaya alas tidak pernah beralih atas meja.
Strider Chroma juga diperakui ‘warp-and-water-resistant’ untuk mengekalkan permukaan rata yang konsisten, dan dilindungi daripada sebarang tumpahan yang tidak sengaja.

Razer Strider Chroma ialah gaming mouse mat hibrid pertama di dunia dengan menawarkan 19 zon pencahayaan yang boleh diubahsuai. Dikuasakan oleh Razer Chroma RGB, ini membolehkan pencahayaan RGB maksimum dengan lebih 16.8 juta warna dan kesan pencahayaan, dengan keupayaan untuk bertindak balas secara dinamik dengan lebih 200 game bersepadu Chroma.

Untuk maklumat lanjut tentang Razer Strider Chroma, sila lihat di sini.
Razer Goliathus Chroma 3XL

Bagi gamer yang mahukan alas yang lebih besar, Razer Goliathus Chroma 3XL dapat memuaskan hati anda dengan ukuran 1200mm x 550mm dan ketebalan 3.5mm! Siri gaming mouse mat Razer ini sekarang hadir dalam saiz ultra-besar, di maba Goliathus Chroma 3XL dapat menutup keseluruhan meja. Ini sesuai untuk mereka yang menggunakan DPI rendah atau inginkan kawasan yang lebih luas untuk menggerakkan mouse.

Dengan permukaan kain bertekstur mikro, setiap pergerakan mouse dikesan dengan tepat, -membolehkan pemain mencapai kelajuan dan kawalan yang memuaskan. Dilengkapi dengan tapak getah non-slip, alas tidak akan bergerak dari meja, walaupun sesi gaming anda sangat ganas.
Dikuasakan oleh Razer Chroma RGB, dengan 16.8 juta warna, para gamer boleh mengubahsuai RGB sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Razer Goliathus Chroma 3XL, sila lihat di sini.
Bagi sesiapa sekarang yang berminat, kedua-dua mouse mat boleh didapati sekarang secara online di Razer.com, dan di kedai RazerStore, secara eksklusif.
- Strider Chroma: RM649.00
- Goliathus Chroma 3XL: RM509.00
Untuk baca segala berita kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post