Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mortal Kombat 11 Ultimate menerima diskaun 50% di PS Store! Semurah RM127!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2021
in Artikel, Berita, Fighting, PlayStation Store, PS4, PS5
0 0
0
Mortal Kombat 11 Ultimate menerima diskaun 50% di PS Store! Semurah RM127!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Deal of the Week terbaru di PlayStation Store, kini Mortal Kombat 11 Ultimate menerima diskaun 50%! Untuk semua pemilik PS4 dan PS5, ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan game ini pada harga RM127.00 yang dulu asalnya RM254.00 sehinggalah promosi ini tamat pada 18 Mac.

Mortal Kombat 11 Ultimate merangkumi permainan asas, serta dua Kombat Pack, expansion Aftermath, dan Shao Khan. Memang banyaklah kandungan untuk dinikmati bagi peminat Mortal Kombat, jadi kepada mereka yang menahan keinginan selama ini, inilah masanya untuk anda merebut game ini sementara harganya masih sangat murah!

Promosi ini pun datang pada waktu yang tepat untuk peminat Mortal Kombat, memandangkan pada bulan depan kita akan menyaksikan pelancaran filem live-action Mortal Kombat di pawagam. Filem ini tidak akan mengikut naratif permainan secara langsung, tetapi akan cuba “setia” pada francais ini dalam cara lain.

Kita semua tidak wajib bermain Mortal Kombat 11 Ultimate untuk faham jalan cerita dalam filem ini, tetapi bagi mereka yang sudah lama tidak tahu apakah perkembangan semasa permainan, atau hanya ingin berkenalan dengan francasi terlebih dahulu, promosi ini adalah permulaan yang bagus sesiapa yang berminat.

Selain itu, Mortal Kombat 11 Ultimate juga adalah entri hebat dalam francais. Bagi mereka yang tidak biasa dengan “Kombat Packs“, ia menambahkan sejumlah watak tambahan yang tidak ada dalam permainan asli. Antaranya termasuk Mileena, Rain, dan Sindel, serta watak DLC seperti Spawn, Rambo, dan Joker. Aftermath juga menawarkan “story campaign” kedua, untuk pemain solo menikmati. Akhir sekali, game ini juga mendapat upgrade next-gen baru-baru ini, jadi pemilik PS5 mungkin ingin melihat bagaimana gameplay-nya dalam resolusi 4K!

Harap maklum! Mortal Kombat 11 Ultimate menerima diskaun 50%, di mana promosi ini akan berakhir pada 18 Mac! Jadi peminat mempunyai masa beberapa hari lagi untuk memilih sama ada mereka mahu beli atau tidak membeli game ini, memandangkan harganya sangat murah untuk jumlah kandungan yang kita terima! Jika anda berminat, saya sediakan pautan di sini. Untuk segala liputan kami tentang francais Mortal Kombat, sila tekan sini.

Beli disini Gaiss!!
Mortal Kombat 11
Publisher: Warner Bros. Interactive Entertainment
Developer: NetherRealm Studios
Release Date: 2019-04-23
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Mortal Kombat 11 adalah permainan pertempuran 'Fighting Games' dengan pelbagai pilihan watak dari siri Mortal Kombat dan DLC menarik dari siri-siri WB DC.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deal of the Weekmortal kombatMortal Kombat 11 Ultimateplaystation storePS4ps5
Previous Post

Watch Dogs: Legion Rasmi Dapat Sokongan Cross-Gen & Cross-Play

Next Post

Metro 2033 Redux Semurah RM10 di Steam! Beli Sementara Murah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Metro 2033 Redux Semurah RM10 di Steam! Beli Sementara Murah

Metro 2033 Redux Semurah RM10 di Steam! Beli Sementara Murah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd