Hari ini di Summer Game Fest 2023, Warner Bros Games dan NetherRealm Studios telah mengeluarkan trailer gameplay pertama untuk game fighting brutal, Mortal Kombat 1. Anda boleh tonton dahulu video di bawah untuk gambaran penuh:
Seperti yang anda dapat melihat, trailer itu menunjukkan watak MK1 yang “ikonik tetapi serba baharu” terlibat sekali lagi dalam pertempuran kejam serta memberi info lanjut tentang jalan cerita yang “reboot” semula. Buat mereka yang tidak tahu, Mortal Kombat 1 berlangsung di alam semesta baharu yang dicipta oleh Fire God Liu Kang. Salah satu perubahan baharu adalah Scorpion dan Sub-Zero kini adik-beradik dan bukannya musuh lagi.

Bagi gameplay, trailer baharu ini mempamerkan pelbagai sistem gameplay di dalam Mortal Kombat 1, termasuk Fatality, Kameo Fighter dan banyak lagi. Seperti yang dijangkakan, pertempuran masih kejam seperti mana-mana game sebelum ini, dengan banyak aksi brutal, tulang patah dan teknik dahsyat.
Satu penambahan yang patut diberi perhatian adalah sistem Kameo Fighter, sesuatu yang baru di MK1. Secara am, ia membolehkan pemain memanggil watak berasingan untuk membantu semasa pertempuran. Sebagai tambahan, beberapa watak hanya akan muncul sebagai Kameo Fighter manakala beberapa watak lain akan muncul sebagai watak boleh dimainkan.

Kami juga mendapat pengesahan untuk roster watak MK1. Dalam trailer pertama, kita tahu Liu Kang, Scorpion, Sub-Zero, Raiden, Johnny Cage, Kung Lao, Kitana, Mileena dan Shang Tsung akan kembali. Kini, roster ini akan bertambah dengan pilihan watak baharu yang termasuk Kenshi, Jax, Goro, Kano, Sonya Blade dan Stryker.

Kita masih berbaki beberapa bulan sebelum keluaran Mortal Kombat 1, jadi sudah pasti banyak info masih belum dikeluarkan seperti senarai watak lengkap, mekanik permainan, jalan cerita dan sebagainya. Buat masa ini, peminat hanya boleh tunggu sahaja.
Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September 2023, untuk PC, PS5, Switch dan Xbox Series X/S.
Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post