Hari ini, 2K dan Marvel Entertainment mengumumkan pelancaran rasmi ‘The Hunger‘, DLC ketiga Marvel’s Midnight Suns yang menampilkan Morbius. Kini tersedia di seluruh dunia untuk PC, PS5 dan Xbox Series X|S, mereka turut memuat naik trailer sempena pelancaran DLC.
Dalam DLC ‘The Hunger’, Morbius (individu yang secara tidak sengaja mengubah dirinya menjadi vampire untuk menyembuhkan penyakitnya) mesti bekerjasama dengan Midnight Suns untuk memerangi ancaman ‘vampyre’ yang melanda New York City. Bukan itu sahaja, Hydra telah mula memasukkan DNA mayat ke dalam askar-askarnya untuk mencipta skuadron askar super.
Morbius berharap untuk menukar balik askar-askar ini dengan mencipta serum yang membolehkan dirinya menahan cahaya matahari—tetapi di tangan yang salah, penyelidikan ini boleh membuat kuasa vampyre menjadi. Apa yang harus Morbius buat?

Termasuk dalam DLC The Hunger:
- Hero baharu untuk direkrut: Morbius, vampire hidup yang memiliki 11 Hero Ability unik
- Story mission baharu: Lawan pelbagai jenis musuh baharu dalam kisah yang mencabar
- Upgrade baharu di Abbey: Laboratory
- 3 Hero Skin tambahan, 7 Abbey Outfit dan 2 Swimsuit untuk Morbius
Morbius boleh direkrut dengan menyelesaikan ‘story mission pertamanya “Weird Science”, yang akan dibuka selepas menyelesaikan misi “Spidermaaaans” semasa Act One.

Dalam pertempuran, fokus Morbius adalah untuk meletak efek ‘Bleed’ kepada musuh bagi meningkatkan damage. Sama seperti Captain Marvel, dia boleh memasuki status “Bloodlust” selepas menggunakan beberapa abiliti, memberikannya ‘Block’ dan mengaplikasikan Bleed pada semua abilitinya.
Sekali lagi saya ingatkan, DLC ‘The Hunger’ tersedia hari ini untuk PC, PS5 dan Xbox Series X|S. Untuk membaca segala liputan kami tentang Marvel’s Midnight Suns, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post