Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds “Pre-Launch Update” – Perubahan Besar Pada Gameplay & Lain-Lain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2024 - Updated on February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds “Pre-Launch Update” – Perubahan Besar Pada Gameplay & Lain-Lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah memperkenalkan “pre-launch update” untuk Monster Hunter Wilds selepas lebih enam minggu menerima maklum balas daripada Open Beta Test.

Melalui siaran Pre-Launch Community Update Stream, mereka telah mendedahkan pelbagai penambahbaikan besar, termasuk prestasi grafik, kemas kini untuk platform tertentu, dan pembaikan mekanik gameplay, bagi memastikan game ini memenuhi jangkaan peminat menjelang tarikh pelancarannya.

Prestasi dan Grafik yang Dipertingkatkan

Capcom telah memberi keutamaan kepada pengoptimuman prestasi game untuk pengalaman yang lebih lancar dan visual yang lebih mengagumkan:

  • Prioritise Framerate Mode: Konsisten pada 60 FPS pada resolusi 1080p.
  • Prioritise Graphics Mode: 30 FPS pada resolusi 4K (Output Resolution: 3840×2180; Rendering Resolution: 3072×1728).

Here’s a work-in-progress look at our updated “Prioritize Performance” mode running on PS5. The team has addressed rendering issues from the Open Beta Test and is making steady improvements for launch. #MHWilds pic.twitter.com/XdrUUxrgZc

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024

Peningkatan ini tertakluk pada versi Xbox Series X dan PlayStation 5. Namun, versi Xbox Series S akan terhad kepada 30 FPS pada resolusi 1080p. Selain itu, Capcom telah mengesahkan sokongan untuk PlayStation 5 Pro semasa pelancaran, bersama dengan patch hari pertama untuk penambahbaikan lanjut.

Untuk versi PC, prestasi akan bergantung pada spesifikasi perkakasan pemain. Pembangun juga sedang berusaha menurunkan keperluan grafik minimum serta mempertimbangkan untuk melancarkan “PC benchmark tool” bagi membantu pemain menilai kemampuan sistem mereka.

Pembaikan Bug dan Gameplay

Beberapa isu gameplay yang dilaporkan semasa beta telah dibetulkan:

  • Raksasa tidak lagi akan melarikan diri ke lokasi lain, membetulkan bug yang menjengkelkan.
  • Penggunaan sepenuhnya Pop-Up Camp dan sistem fast travel kini tersedia.
  • Penambahan animasi hitstop pada serangan senjata untuk memberikan rasa impak yang lebih realistik.
  • Friendly fire telah dikurangkan, mengelakkan rakan sepasukan daripada terpelanting semasa bermain secara co-op. Shockproof Jewel Decoration dari Monster Hunter Rise: Sunbreak kembali, membolehkan pemain mematikan sepenuhnya friendly fire.

The full version of Monster Hunter Wilds will have reduced friendly fire, specifically in moves such as the Gunlance’s Wyvern Fire and the Hammer’s Upswing. Shockproof Jewel will be available to use to fully nullify damage reactions. #MHWilds pic.twitter.com/kI1I58fSeg

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024

Penyesuaian Senjata

Capcom telah membuat perubahan besar pada jenis senjata, mengambil kira maklum balas pemain dan mengemas kini mekanik gameplay:

Lance

The Lance has been greatly improved with more options at your disposal, including the addition of a Charge Counter which lets you charge while guarding, opening up multiple counter attack options. pic.twitter.com/E0gRu6DtFm

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024

  • Kebolehan Guard dan Counter dipertingkatkan.
  • Charge Counter kini boleh menahan serangan semasa pengecasan dan beralih kepada gerakan lain.
  • Power Guard mengecas lebih pantas selepas menahan serangan kuat.
  • Pilihan serangan baharu ditambah selepas Perfect Guard dan Power Guard.

Switch Axe

Switch Axe will receive an array of changes at launch. Charging the gauge in Axe Mode is now easier, while Sword Mode is now more powerful and responsive to match gauge consumption.

Full Release Slash has also received a bump in feel and power to feel like a powerful finisher! pic.twitter.com/qO4B5kXlv0

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024

  • Mekanik pertukaran yang ditambah baik menjadikan peralihan ke Sword Mode lebih lancar.
  • Kuasa serangan untuk beberapa gerakan ditingkatkan.
  • Full Release Slash kini memberikan kebal terhadap Knockback semasa pelaksanaannya.

Sword & Shield

The Sword & Shield has seen a range of improvements, starting with the return of Rising Slash while Guarding!

There’s also extensive buffs to various attacks, especially normal attacks and Perfect Rush! You’ll also feel greater responsiveness across the weapon’s move set! pic.twitter.com/InPIxfQs5W

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 20, 2024

  • Rising Slash kini boleh digunakan semasa mempertahankan diri.
  • Gerakan seperti Perfect Rush diperkuatkan.
  • Kebolehan mengelak untuk Backstep dan Sliding Swipe dipertingkatkan.
  • Responsiviti untuk gabungan Chop & Side Slash, Guard Slash, dan Perfect Rush juga diperbaiki.

Insect Glaive

The Insect Glaive takes to the sky once more with the return of Vaulting Dance! Combo into a variety of aerial actions after vaulting, with attack power increasing by two levels each time you vault. #MHWilds pic.twitter.com/oA0DHLcqFC

— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024

  • Kebolehan udara dipertingkatkan secara signifikan.
  • Gerakan Vaulting Dance kembali, dengan kuasa serangan yang meningkat selepas setiap lompatan.
  • Kesan Offset ditambah pada permulaan Descending Slash untuk menangkis serangan raksasa.
  • Kekebalan terhadap Knockback dengan Orange Extract serta pengurangan tekanan angin, gegaran, dan raungan apabila ketiga-tiga Extract aktif.

Bow

  • Serangan normal dan Arc Shot diperkuatkan.
  • Kuasa serangan Tracer Shot dikurangkan dan masa lock-on untuk Focus Strike ditangguhkan.

Menerusi pre-launch update, semua jenis senjata akan menerima pelarasan skil dan elemen dalam game penuh Monster Hunter Wilds, dengan perhatian khusus pada pengimbangan hit detection dan gerakan yang mempunyai output damage rendah.


Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme – Gameplay Baharu Penuh Interaksi Manis!

Next Post

Reviu Digimon Adventure Digivice: 25th COLOR EVOLUTION – Terasa Macam Digi Destined Sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Reviu Digimon Adventure Digivice: 25th COLOR EVOLUTION – Terasa Macam Digi Destined Sebenar!

Reviu Digimon Adventure Digivice: 25th COLOR EVOLUTION - Terasa Macam Digi Destined Sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd