Mencari lokasi “camp” yang selamat dalam Monster Hunter Wilds sangat penting untuk bertahan hidup dalam ekosistem yang tidak menentu.
Dalam Wilds, pemain boleh membawa Pop-Up Camp sendiri dan meletakkanya di pelbagai lokasi di setiap peta sebagai tempat untuk berehat, mengisi semula bekalan, atau bersantai bersama rakan.
Namun, tidak semua lokasi sesuai—banyak kawasan berisiko tinggi di mana raksasa boleh menemui dan menghancurkan camp anda, menyebabkan pemain membazirkan masa untuk membaikinya setiap kali.

Setiap peta membolehkan anda meletakkan sehingga lima Pop-Up Camp, dengan tiga Safety Level untuk Monster Hunter Wilds:
- Safe: Tiada raksasa yang boleh sampai ke sini, jadi camp anda tidak akan musnah.
- Insecure: Raksasa boleh memasuki kawasan ini, tetapi lokasinya di luar laluan utama. Kebarangkalian camp ditemui dan dimusnahkan adalah rendah tetapi masih berisiko.
- Dangerous: Biasanya terletak berhampiran sarang raksasa atau laluan rondaan mereka. Camp di sini memudahkan anda mengejar raksasa, tetapi ia akan sering dimusnahkan dan memerlukan Point untuk dibaiki.
Jika anda mahu mencari lokasi perkhemahan sendiri, cara paling mudah adalah dengan memerhatikan Quatreflies. Ikon ini kadangkala muncul di peta semasa anda meneroka, disertai dengan komen daripada Alma atau Palico tentang pilihan mendirikan khemah.

Namun, jika anda tidak mahu bersusah payah mencari dan hanya mahukan lokasi terbaik supaya boleh memburu dengan cepat, panduan ini akan menyenaraikan lokasi Pop-Up Camp paling selamat dalam Monster Hunter Wilds bagi setiap kawasan. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau khemah anda dimusnahkan oleh raksasa lagi!
Windward Plains
Windward Plains mempunyai Kunafa Village sebagai titik Fast Travel utama di tengah peta, menjadikannya mudah diakses dari mana-mana lokasi lain. Namun, camp ini bukan sekadar untuk Fast Travel—ia juga tempat penting untuk anda bangkit semula selepas dikalahkan, serta menukar senjata, perisai, atau item.
Malangnya, meskipun Windward Plains merupakan kawasan paling luas dalam game, ia hanya menawarkan 2 lokasi Safe Camp daripada 11 lokasi keseluruhan.
Area 4: Mineral Cave (Safe)


Lokasi Safe Camp paling selamat dekat dengan Base Camp. Dari pintu masuk Base Camp, ikut laluan kecil ke kanan menuju ke barat laut. Anda akan menemui sebuah Crystal Cave dengan 3 Mining Outcrop, menjadikannya tempat strategik untuk mengumpul sumber. Selain itu, lokasinya berhampiran Area 5, di mana raksasa besar seperti Rey Dau sering muncul.
Area 14: Groundwater Vein (Safe) – Terletak di bawah Area 13


Untuk sampai ke sini, anda boleh turun melalui gua berhampiran Oasis Camp Spot di Area 13 atau mencari laluan kecil di Area 14 atau 15 yang menuju ke terowong air bawah tanah. Camp ini memberikan akses pantas dan selamat ke Area 13, 15, dan 16, yang merupakan kawasan paling jauh dari Base Camp.
Area 13: West Campsite (Insecure)


Terletak di kawasan padang pasir sebelah barat Oasis, camp ini terbuka dan agak berisiko kerana tiada perlindungan, tetapi ia berada di luar laluan utama raksasa. Jika anda tidak menyukai Groundwater Vein Spot, ini adalah pilihan kedua terbaik untuk Area 13.
Area 16: Bone Desert dan Northwest Campsite (Insecure)




Area 16 mempunyai 2 lokasi Insecure Campsite dengan akses mudah ke Area 17, sarang Rey Dau.
- Northwest Campsite – Terletak di bahagian utara Area 16.
- Bone Desert Campsite – Terletak di bahagian selatan Area 16.
Bone Desert Campsite lebih diskret dan merupakan pilihan terbaik jika anda merancang untuk bertarung berulang kali di Rey Dau’s Nest, kerana lokasinya yang paling hampir ke sarang tersebut.
Scarlet Forest
Berbeza dengan Windward Plains yang luas terbuka, Scarlet Forest lebih memanjang, menjadikan perjalanan dari Base Camp ke hujung peta mengambil masa yang lama. Di sinilah Pop-Up Camp memainkan peranan penting. Walaupun kita sudah mempunyai Base Camp dan Wud Wud Village sebagai titik Fast Travel, menambah Pop-Up Camp akan meningkatkan pengalaman memburu anda.
Scarlet Forest juga mempunyai beberapa lokasi camp paling indah dalam game, jadi ia berbaloi untuk diterokai—terutama jika anda ingin mencari tempat bersantai bersama rakan-rakan.
Area 6: Flowering Rocks Campsite (Safe)


Terletak di bahagian selatan Scarlet Forest, lokasi ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan selatan. Selain selamat, ia juga menawarkan akses mudah ke pelbagai bahagian di zon ini.
Area 8: Underground Lake (Safe)


Salah satu lokasi camping paling cantik di Scarlet Forest, kawasan ini adalah gua air bercahaya yang menawarkan:
- Akses mudah ke aktiviti memancing
- 3 lokasi Mineral Spot
- 3 Special Item Gathering Spot
- Laluan cepat ke bahagian timur Scarlet Forest
Area 18: West (Safe)


Jika anda gemar berada di kawasan tinggi dan suka meluncur dari satu tempat ke tempat lain, West Camp di Area 18 adalah pilihan yang baik. Sama seperti Flowering Rocks Camp, ia memberikan akses yang baik ke bahagian tengah Scarlet Forest.
Area 17: Great Lake Shore berdekatan Uth Duna Uth Duna Arena (Insecure)


Lokasi ini adalah yang paling jauh dari Base Camp dan Wud Wud Village, tetapi sangat berguna untuk dijadikan titik Fast Travel, terutama jika anda merancang untuk memburu Uth Duna dan berisiko tumbang beberapa kali dalam pertarungan.
Oilwell Basin
Tiga Locale terakhir—Oilwell Basin, Iceshard Cliffs, dan Ruins of Wyveria—tidak begitu memerlukan strategi khas dalam pemilihan camp kerana reka bentuknya yang lebih padat dan bertingkat. Anda boleh bergerak ke mana-mana dengan cepat, sama ada dengan meluncur turun dari satu kawasan ke kawasan lain.
Oleh itu, tiada lokasi camp yang benar-benar “wajib” dipilih—cukup sekadar menempatkannya di mana-mana kawasan yang selamat atau yang anda rasakan sesuai. Namun, berikut adalah beberapa cadangan terbaik untuk anda pertimbangkan:
Area 2: Canyon Divide (Safe)


Canyon Divide melengkapkan Azuz sebagai Top Layer Camp. Jika Azuz meliputi bahagian timur Oilwell Basin, maka Canyon Divide menempatkan bahagian barat, berhampiran dengan kawasan tumpuan raksasa.
Area 9: Middle Strata South (Insecure)


Satu-satunya camp yang berada di layer Middle peta. Ia boleh dipertimbangkan, tetapi statusnya Insecure.
Area 12: Crimson Rivulet (Safe)


Akses cepat ke tempat memancing. Berdekatan dengan Monster Hotspot—jadi jika anda tewas dalam pertarungan, anda boleh segera kembali dari sini.
Area 14: Mining Cave (Safe)


Lokasi ini sangat dekat dengan Nitroshroom Hotspot, sesuai untuk mengumpul bahan crafting dari semasa ke semasa.
Area 13: Limestone Cavern (Safe)


Salah satu kawasan selamat yang mempunyai 4 Mining Outcrop berdekatan. Namun, jika anda inginkan tempat yang lebih strategik walaupun berisiko, Area 15: Lower Strate North mungkin pilihan yang lebih baik.
Area 15: Lower Strate North (Dangerous)


Walaupun berisiko tinggi, lokasi ini cukup strategik untuk menguasai kawasan sekitar. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan Devil’s Blight dan Might Seed, bahan penting untuk pertarungan.
Iceshard Cliffs
Area 1: Icy Shore (Safe)


Terletak di antara laluan ke Ruins of Wyveria dan Oilwell Basin. Meliputi layer paling bawah dalam peta.
Area 15: Upper Corridor (Safe)


Lokasi ini tidak begitu strategik kerana perlu mendaki tangga berpusar, tetapi memandangkan Iceshard Cliffs cukup padat, ambil saja semua Safe Camp yang tersedia.
Area 19: Floating Rock Wall (Safe)


Antara lokasi Pop-Up Camp kegemaran kerana:
- Berdekatan dengan sarang raksasa, membolehkan anda kembali memburu dengan cepat
- Boleh meluncur dari sini untuk akses pantas ke kawasan lain
Area 20: Ancient Room (Safe)


Terletak di tengah peta, lokasi ini terbuka secara semula jadi seiring perkembangan jalan cerita. Tidak perlu dialihkan kerana ia menyediakan:
- Akses pantas ke lokasi memancing
- 1 Mining Outcrop dan 3 Special Item Gathering Spot
- Berdekatan dengan Sleep Herb dan Adamant Seed
Ruins of Wyveria
Area 2: Crumbling Structures (Safe)


Camp ideal di lapisan teratas Ruins of Wyveria. Berada di hujung bertentangan Keeper’s Village, menjadikannya lokasi yang baik untuk fast travel di Top Layer peta.
Area 6: Southeast (Safe)


Satu-satunya tempat selamat yang sesuai untuk khemah di layer kedua teratas.
Area 8: Gap in Rubble (Safe)


Salah satu lokasi tercantik di Ruins of Wyveria—sesuai untuk berehat dan menikmati pemandangan. Bersama dengan camp di Area 9, ia meliputi layer ketiga dan keempat. Mempunyai jalan pintas berhampiran untuk turun ke layer bawah dengan pantas.
Area 9: Entangled Canopy (Safe)


Camp ini akan terbuka secara semula jadi seiring perkembangan jalan cerita. Tidak perlu dialihkan kerana mudah untuk kembali ke layer kedua dari sini. Meliputi kawasan lain layer ketiga, menjadikannya lokasi yang berguna.
Dengan pemilihan Pop-Up Camp yang betul, anda boleh memberi tumpuan penuh kepada perburuan tanpa perlu risau khemah anda dirosakkan raksasa setiap lima minit atau perlu berjalan jauh setiap kali pengsan.
Sama ada anda mahukan tempat berehat dan mengisi semula bekalan atau lokasi strategik untuk terus masuk ke dalam aksi, paduan Camp ini akan membantu perjalanan anda di Monster Hunter Wilds menjadi lebih lancar.
Monster Hunter Wilds akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, dapatkan di SINI!
Anda juga sediakan lihat panduan lain yang kami sediakan bagi Monster Hunter Wilds:
- Tips Yang Perlu Anda Tahu Untuk Jadi Hunter Lebih Baik!
- Lokasi Terbaik untuk Mengumpul Semua Material!
- Panduan Artian Weapon, Cara-Cara Dapat & Build!
- Senjata & Skil Terbaik untuk Palico Anda!
- Perubahan Sistem Forging & Equipment, Wajib Tahu!
- Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!
- Monster Hunter Wilds – Senarai Armor Menarik Untuk Cuba! Dari Fantasi Ke Anime!
- Cara Dapatkan Nightflower Pollen, Item Rare untuk Upgrade!
@gamersantaimy
Discussion about this post