Alami pengalaman memburu yang baru di Monster Hunter Rise mulai hari ini. Apa yang menjadikan Rise ini lebih menarik dari siri Monster Hunter yang sebelumnya adalah ianya eksklusif dimainkan hanya di Nintendo Switch.
Bukan itu sahaja, pemain bebas untuk menjelajahi peta bagi merasai gaya memburu yang baru. Anda kini boleh membuka lokasi untuk memberikan anda bergerak ke mana sahaja yang anda mahukan. Di Rise juga, anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis monster baru yang pastinya membawa keseronokan kepada pemain untuk memburu.
Gunakan Wirebug untuk bergerak
Kini dengan Wirebug, pemain boleh bergerak dimana-mana arah yang anda mahukan, dan ia akan menarik anda menggunakan sejenis sutera keras. Ianya bukan sahaja membolehkan anda melintasi kawasan curam dan berbatu dengan kelajuan tinggi, malah anda juga dapat menggabungkan Wirebug dengan senjata untuk melakukan kombo khas!
Lokasi Baru: Shrine Ruins
Tempat di mana dahulunya orang berkunjung untuk berdoa memohon perlindungan, kini terbiar hancur dan dihantui oleh raungan dari monster tidak kira siang atau malam. Namun, kuil ini masih mengekalkan kesuciannya dan memancarkan aura misteri.
Palamute menjadi rakan memburu baru
Seterusnya, permainan ini turut memperkenalkan Palamute sebagai teman baru anda yang boleh dipercayai. Ia akan membantu pemain dengan menyerang bersama anda semasa berburu serta pemain boleh menunggangnya.
Semasa menunggang Palamute, anda dapat mengawalnya dengan bebas, membolehkan anda melintasi lokasi dengan pantas tanpa memakan stamina. Pemain juga boleh menggunakan beberapa item untuk menyembuhkan luka sepanjang perjalanan!
Palicoe kembali untuk memberi bantuan!
Sudah tentu, Palicoe yang kita semua kenal dan sayangi juga kembali dalam permainan ini. Seperti biasa, mereka akan membantu pemburu dengan memberikan pelbagai tindakan sokongan.
Monster baru dengan ekologi yang unik
- Magnamalo
Monster utama di Monster Hunter Rise, Magnamalo, adalah Fanged Wyvern menakutkan yang memburu mangsanya dengan niat jahat.
- Aknosom
Apabila Bird Wyvern yang besar ini berdiri di sebelah kaki, kolarnya yang khas memberikan penampilan yang mengerikan. Ianya sangat menjaga kawasan, dan setiap kali ia menemukan penceroboh, ia melebarkan sayapnya dan membuka puncak seperti mata di kepalanya hingga menimbulkan kesan yang menakutkan.
- Great Izuchi
Ekor Bird Wyvern ini berbentuk seperti sabit digunakan untuk menyerang mangsanya. Great Izuchi selalunya berkeliaran di wilayah mereka dalam kumpulan dengan Izuchi yang lebih kecil. Dua ekor Great Izuchi kecil ini selalu berada di sisi pemimpin mereka. Sebaik sahaja menemui mangsa, tanpa teragak mereka terus melakukan serangan gabungan yang banyak.
- Tetranadon
Amfibia dikenali kerana badannya yang gergasi, ia sangat rakus ketika menelan segala yang bergerak. Setelah selesai memakan mangsa, perutnya membengkak dan bergerak lebih perlahan, tetapi serangannya bertambah kuat dan menghasilkan banyak kerosakkan.
Malapetaka kembali ke Desa Kamura!
Kampung ini terkenal dengan Tatara Steel, dimana tempat pemburu mencari nafkah. “Kemarahan dari malapetaka yang merosakkan kampung 50 tahun lalu, akan terjadi lagi, sehingga penghuninya hidup dalam keadaan huru-hara.” Hero baru permainan ini harus menjadi pemburu terbaik dan mengatasi musibah ini dengan bantuan semua penduduk kampung.
Hunter Base di Desa Kamura
Anda akan mendapat semua kemudahan yang diperlukan oleh pemburu seperti Smithy dan kemudahan lain, dan semua jenis watak berwarna-warni.
MONSTER HUNTER STORIES 2: WINGS OF RUIN tiba pada musim panas 2021
Permulaan kisah bermula, ditetapkan di dunia di mana Rathalos telah lenyap sepenuhnya. Protagonis dari keturunan Rider legendaris bernama “Red“, bertemu dengan gadis Wyverian yang telah diberikan sebiji telur. Dalam permainan ini, anda akan berjumpa, menjalani petualangan dengan monster dari siri MH. Peminat MH dan RPG akan berpuas hati dengan permainan MH Rise ini. Akan ada pelbagai bonus cross-over di MONSTER HUNTER RISE!
Dapatkan lebih banyak maklumat dalam “TGS 2020 ONLINE” dan “CAPCOM TGS LIVE 2020 (DAY1)”!
TGS 2020 ONLINE CAPCOM SPECIAL PROGRAM bermula 25 September, dimana produser Tsujimoto dan pengarah Ichinose akan memperkenalkan MONSTER HUNTER RISE dan MONSTER HUNTER STORIES 2: WINGS OF RUIN. Manakala CAPCOM TGS LIVE 2020 (DAY1) akan bermula 26 September, Tsujimoto dan Ichinose akan membawa anda untuk melihat pertama kali live gameplay MONSTER HUNTER RISE dan memperkenalkan worldview dan karakter untuk MONSTER HUNTER STORIES 2: WINGS OF RUIN.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CAPCOM TGS LIVE 2020, anda boleh layari laman web khas mereka.
Giveaway wallpaper asli dari Monster Hunter Asia !
Dengan pengumuman dua permainan baru yang menarik untuk francais Monster Hunter,
Monster Hunter Asia akan memberikan wallpaper asli MONSTER HUNTER RISE dan MONSTER HUNTER STORIES 2: WINGS OF RUIN!
Wallpaper ini akan diedarkan di laman web rasmi MHA (Monster Hunter Asia).
Ikuti Facebook rasmi dan akaun Instagram mereka yang baru dibuka untuk makluman apabila wallpaper ini tersedia!
Mulakan pengembaraan memburu monster korang di Monster Hunter Rise pada Switch mulai hari ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post