Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mode zombie baru “Rebirth of the Dead” kini tersedia dalam Call of Duty: Warzone

safwan by safwan
July 27, 2022
in Action, Artikel, Battle Royale, Berita, Game Online, Game Percuma, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Mode zombie baru “Rebirth of the Dead” kini tersedia dalam Call of Duty: Warzone
Share on FacebookShare on Twitter

Activision kini memperkenalkan mode baru yang dikenali sebagai Rebirth of the Dead dalam Call of Duty: Warzone. Ia sudah boleh dimainkan bermula 27 Julai 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

Rebirth of the Dead merupakan mode yang dimainkan seramai 40 orang dalam satu game. Ia boleh terdiri daripada pemain yang bermain secara solo, duo atau skuad sehingga 4 orang. Jadi, tidak heranlah jika ada pemain yang dibelasah awal. Mode ini membenarkan korang bermain sebagai Operator yang bertukar menjadi Zombie.

Namun, Zombie yang hidup dalam mode ini bukan biasa-biasa. Anda akan dilengkapkan dengan beberapa alatan untuk bertahan daripada di bunuh oleh pemain lain. Berikut adalah alatan yang akan diberikan:

  • Charged Jump – Dengan menggunakan alat ini, anda boleh mendekatkan jarak atau menukar corak pergerakan. Jika anda tekan dengan lebih lama, lompatan yang dibuat akan semakin jauh dan lebih tinggi.
  • EMP Blast – Anda boleh memusnahkan elektronik musuh termasuk Proximity Mines, kenderaan dan optik digital. Bukan itu sahaja, HUD musuh pun boleh kaburkan jika termasuk dalam radius letupan.
  • Gas Grenade – Anda boleh memberi damage dan mengelirukan musuh dengan menggunakan bom ini. Ia akan mengeluarkan toksik dalam radius yang kecil. Ia juga boleh digabungkan dengan EMP Blast untuk memberikan impak yang lebih baik.

Seperti dalam mode zombie sebelum ini, anda yang bermain sebagai Zombie perlu bunuh Operator untuk mendapatkan Syringe. Zombie memerlukan empat Syringe bagi menukar dirinya kembali kepada Operator. Kini, Zombie boleh dapatkan melalui “Supply Box, Medical Supply dan Buy Station.” Jadi, anda boleh bertukar kepada Operator dengan lebih cepat.

Selain itu, mereka menambah mekanik baru pada mode ini iaitu “Infestation dan Medical Supply.” Untuk mekanik Infestation, Zombie akan menjadi lebih aktif apabila bulatan terakhir tiba. Pemain yang bermain sebagai Operator juga akan diberikan HUD untuk Infestation.

Manakala “Medical Supply” akan memberikan bekalan perubatan yang mengandungi Syringe dan peralatan yang jarang dijumpai. Operator boleh membukanya untuk kawan sepasukannya yang telah menjadi Zombie.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa mode Rebirth of the Dead kini tersedia dalam Call of Duty: Warzone di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Jadi, tunggu apa lagi. Ajak kawan-kawan korang main sekali dalam mode Zombie baru ini. Kalau korang nak tips main mode ini, boleh tengok dekat laman web Call of Duty.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Call of Duty, sila klik pautan ini.

Muat Turun di sini
 
Call of Duty: Warzone
Publisher: Activision
Release Date: 2020-03-11
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Sebuah permainan terbaru dalam francais Call of Duty dengan membawa elemen Battle Royale dan perlawanan melibatkan 150 pemain lain yang boleh dimuat turun dan dimainkan secara PERCUMA!  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: WarzoneRebirth of the Death
Previous Post

[Unboxing] ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 , sesuai dalam mana-mana situasi!

Next Post

Digimon Survive akan dilancarkan bersama bonus khas, ada kad TCG dan Guilmon!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Digimon Survive akan dilancarkan bersama bonus khas, ada kad TCG dan Guilmon!

Digimon Survive akan dilancarkan bersama bonus khas, ada kad TCG dan Guilmon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd