Penantian mode battle royale untuk Firestorm sudah pun berakhir dengan ketibaannya baru-baru ini untuk Battlefield 5. Sejak dari itu, pemain semua sibuk terjun ke dalam peta game ini dan cuba bertahan dari lingkaran api sehinggalah bulatan yang terakhir. Namun, mode yang ada dalam Battlefield 5 ini hanya terhad kepada dua jenis sahaja iaitu solo dan skuad empat orang. Dalam update terbaru dari website EA, para developersnya mengatakan yang beberapa content terbaru akan datang tak lama lagi, bukan sahaja untuk Firestorm, tetapi untuk Battlefield 5 juga.
Waiting for Duos in #BattlefieldV Firestorm?
You won't have to wait that much longer. 👇https://t.co/OK9t7zws3W
— Battlefield News (@bravoINTEL) March 26, 2019
Dalam post tersebut, ia mengatakan yang Firestorm akan diperbaiki serta dikembangkan selepas pelancaran Tides of War; Duo Play yang akan hadir hanya untuk masa yang terhad pada bulan April ini.

April adalah bulan yang kita akan menyaksikan pelbagai variasi mode Conquest yang akan keluar. Contohnya, pasukan yang lebih kecil, objektif yang sedikit dan gerak tempur yang sangat tegang. Hanya pemain yang aggresif sahaja mampu bertahan. Terdapat juga update untuk mode Combined Arms yang akan menambahkan matchmaking, dua lagi misi di peta Fjell dan juga mode Hardcore. Walaupun ramai yang sedang menantikan mode duo tersebut, kita tunggu saja bulan depan dan lihat bagaimana Firestorm akan terus berkembang maju menerusi game battle royalenya tersendiri!
Sumber: EA
@gamersantaimy
Discussion about this post