Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!

Maira by Maira
July 25, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, Game, Konsol, PC, PS4, PS5, Simulator, Single Player, Steam
0 0
0
Mod-mod pelik game Stray mula muncul, antaranya mod CJ!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah namanya game PC, mesti ada pelbagai mod yang direka serta dimasukkan ke dalam game. Baru-baru ini, game Stray yang telah mencuri perhatian ramai pemain dan kucing juga mempunyai mod-mod tersendiri. Tetapi ada beberapa mod yang agak mengerikan iaitu mod GTA: San Andreas yang menukar watak kucing Stray kepada Carl Johnson atau lebih dikenali sebagai CJ.

Sirgalahad172, pencipta mod tersebut telah menukarkan model kucing Stray kepada model watak CJ. Ia telah mendapat perhatian daripada pemain Stray lain dan jika dilihat memang agak ngeri juga. Bayangkan CJ berlari sambil keluarkan bunyi “meow”. Pergh boleh mimpi buruk lepas main. Pencipta mod tersebut telah menyatakan bahawa model tersebut dihasilkan hanya sebagai jenaka. Bukan biasa-biasa idea dia ini.

Tetapi ada satu sahaja masalah kalau pakai mod Stray CJ ini, semua model kucing yang lain menjadi gumpalan hitam. Kalau anda ingin tahu, semua kucing yang ada dalam game ini menggunakan model yang sama, jadi kalau satu ditukar menjadi CJ, yang lain memang terus rosak. Nasib baik semua tidak menjadi CJ, kalau tak lagi mengerikan game Stray ini.

Selain daripada mod CJ, ada satu lagi mod yang menukar bunyi “meow” kepada jeritan “Jason” daripada protagonis game Heavy Rain. Agak kelakar juga bila lihat kucing menjerit nama orang. Anda boleh melihat videonya dibawah ini.

Tetapi ada juga yang membuat mod kucing tersebut menyerupai kucing peliharaan masing-masing. Semuanya comel-comel kucingnya.

stray modders making the playable cat look like their cat > pic.twitter.com/2Vu7sfhA6c

— imogen (@_donlothario) July 24, 2022

Apapun, game Stray kini tersedia di PS5, PS4 dan Steam. Anda yang ingin bermainnya, bolehlah beli di platform masing-masing. Stray juga boleh dimainkan secara percuma jika anda melanggan PS Plus Deluxe dan Extra.

Main Sekarang!
Stray
Release Date: 2022-07-19
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Hilang, bersendirian dan terpisah daripada keluarga, seekor kucing liar mesti membongkar misteri purba untuk melarikan diri dari bandar siber yang telah lama dilupakan dan mencari jalan pulang.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cjGTA: San AndreasHeavy RainStray
Previous Post

Filem Satria Dewa: Gatotkaca akan keluar di Malaysia pada 18 Ogos 2022

Next Post

Game bola sepak Captain Tsubasa: Ace diumumkan untuk iOS & Android

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game bola sepak Captain Tsubasa: Ace diumumkan untuk iOS & Android

Game bola sepak Captain Tsubasa: Ace diumumkan untuk iOS & Android

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd