Terdapat berita yang mengatakan bahawa co-op yang lebih hebat akan dibawa masuk ke dalam Elden Ring pada minggu ini dengan menggunakan mod. Elden Ring co-op ini akan masuk ke masuk fasa beta umum pada 27 Mei.
Dengan menggunakan mod ini, ia membenarkan sehingga empat orang pemain meneroka open world dengan lancar, mengalahkan bos dan membuat progress tanpa had. Ia dimainkan dengan launcher yang berbeza dan tidak menggunakan anti-cheat dan tidak bergantung kepada sistem matchmaking FromSoftware. Hal ini kerana, developer mod tidak mahu menghalang pemain daripada kena banned disebabkan menggunakan mod tersebut.

Developer itu dikenali sebagai Lukeyui iaitu developer sama yang bangunkan mod Sekiro Onlione. LukeYui sebelum ini membawa co-op ke game single player daripada FromSoftware, Sekiro. Kini dia membawa co-op ke dalam game yang telah mempunyai sokongan multiplayer dan menjangkakan ia akan berfungsi dengan baik.
Memandangkan mod Elden Ring ini tidak menggunakan sistem matchmaking biasa, anda tidak perlu risau tentang pencerobohan yang akan dilakukan oleh pemain lain. Jika anda berminat nak berlawan dengan kawan, pilihan PVP sentiasa boleh dibuka atau dimatikan.

Progress akan berkongsi antara pemain. Jika anda telah mengalahkan bos semasa co-op, bos tersebut akan tetap mati apabila anda kembali ke dunia sendiri tetapi anda tidak akan mendapat progress lain yang dicapai sebelum anda menyertai co-op. Semua pemain akan mendapat item biasa daripada musuh yang dikalahkan. Jika sesiapa duduk di tapak rahmat, semua musuh akan muncul semula untuk semua yang menyertai co-op tadi.
Selain itu, mod co-op yang disediakan ini akan membenarkan semua orang menaiki Torrent mereka sendiri. Tanpa Torrent, pengembaraan anda tidak akan lancar dan seronok. Mod ini tersedia untuk mereka yang bermain di PC sahaja dan bukan untuk pemain PlayStation dan Xbox. Hal ini kerana, kedua-dua konsol tersebut tidak dapat menyokong mod.
Berikut adalah ciri-ciri yang akan tersedia dalam mod ini:
- Bekerjasama dalam pertempuran di mana-mana sahaja dalam game.
- Anda boleh menunggang kuda anda sendiri.
- Kemajuan dan keuntungan item dikongsi.
- Anda boleh menghidupkan friendly-fire.
- Anda boleh melihat rakan coop apabila anda mati semasa pergaduhan bos.
- Anda boleh mengundi untuk perjalanan pantas.
- Anda boleh mempunyai maksimum empat pemain dalam parti anda.
- Musuh akan menjadi lebih sukar dengan lebih ramai pemain.
Jadi, pemain PC boleh siap sedia untuk bermain Elden Ring bersama dengan kawan dengan mod co-op yang dibangunkan oleh LukeYui ini bermula hari ini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post