Nampaknya bos terakhir yang ramai juga sedang bergelut, sebenarnya agak lemah jika berlawan dengan semua wira dari Soulsborne. Walaupun anda bermain secara co-op atau memanggil AI untuk mengubah arus pertarungan dalam Elden Ring, ada cara lain yang anda boleh gunakan. Seorang modder bernama Garden of Eyes telah membina satu mod baru untuk Elden Ring. Dalam mod tersebut, kesemua wira Soulsborne daripada game FromSoftware berkerjasama dalam satu pertempuran epik menentang bos terakhir Elden Ring.

Kalau anda tidak percaya, boleh tonton video oleh Garden of Eyes di bawah. Tetapi kalau anda masih belum sampai ke level bos ini dan ingin elak daripada melihat spoiler, main sampai habis dulu, baru tengok video ini.
Pada penerangan videonya di Youtube, dia telah menyatakan bahawa setiap game Soulsborne mempunyai perisai, wira dan kebolehan istimewa yang unik. Untuk peminat souls game yang lama, sudah tentu akan gembira apabila melihat wira-wira lama kembali. Antara wira ikonik daripada FromSoftware adalah daripada Demon’s Souls, Dark Souls, Dark Souls 2, Dark Souls 3, dan juga Bloodborne. Kalau satu hari nanti FromSoftware menghimpunkan kesemua wira ini dalam satu game, mesti luar biasakan?
Untuk pengetahuan anda, Garden of Eyes memang selalu mencipta mod untuk siri game Souls. Dalam videonya yang sebelum ini, anda boleh melihatnya membuat mod supaya boss Elden Ring berlawan antara satu sama lain, atau boss dari Soulsborne lain. Bolehlah anda menontonnya kalau ingin melihat sendiri mod tersebut. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post