Permainan battle royale yang popular dari Respawn Entertainment iaitu Apex Legends nampaknya akan menampah senarai mod permainan kekal untuk dimainkan mulai 7 April 2020 ini! Yup, minggu lalu Respawn secara rasmi mengumumkan seacara rasmi mod yang akan dikekalkan dalam Apex Legends untuk para peminat yang menantikan dan mengalukan peminat untuk selami permainan ini dalam lebih banyak variasi juga acara masa terhad untuk dinikmati!
Dua pekara yang menarik akan kekal di Apex Legends kali ini yang memberi lebih perhatian. Antaranya Map Rotation, pemain akan terjun diantara Kings Canyon dan World’s Edge. Tapi masih tidak pasti sama ada pemain dapat memilih atau bagaimana caranya kerana Respawn masih belum menyatakan bagaimana map ini akan berfungsi. Kemungkinan ia akan menjadi pilihan rawak dan nampak putaran peta dan senarai mainan duo akan menjadi kasual dan permainan tidak kompetitif untuk dimulakan. Mod persaingan masih memerlukan skuad tiga pemain dan kini tetap ditetapkan pada Kings Canyon selepas babak pertama menampilkan hanya permainan World’s Edge.
Tidak kira bagaimana ia berfungsi dengan tepat, sekarang jelas Apex Legends mengikuti lebih banyak jejak dari Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG), yang membina pilihan peta dan hanya menawarkan beberapa mod permainan yang berbeza daripada Fortnite, yang hanya mempunyai satu perubahan peta tetapi menawarkan banyak mod permainan pada bila-bila masa dan membolehkan pemain bermain dalam kumpulan dari solo hingga sebanyak 50.
Semasa 7 April kita juga akan melihat penambahan kekal mod duos. Sebenarnya terdapat acara terhad yang dilancarkan pada hari yang sama yang digelar The Old Ways Lore juga acara Bloodhound-centric yang akan menampilkan senarai main baru yang dipanggil Bloodhound’s Trials dengan mengisi peserta menentang musuh AI, serta pemain manusia lain. Acara ini juga akan mempamerkan senjata baru dan kulit watak yang baru yang akan direkabentuk untuk mendapatkan kosmetik eksklusif tanpa dibeli dengan wang sebenar dan kedai pembelian langsung khas bagi para pemain yang selesa dengan membeli belah guna duit sendiri!
Jadi, para pemain Apex Legends! Jangan lupa kunci tarikh anda 7 April 2020 ini dengan pelbagai kemawskini yang terbaru!
Sumber: mxdwn

@gamersantaimy
Discussion about this post