Bandai Namco Entertainment dan pembangun B.B. Studio secara rasmi mengumumkan bahawa Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered akan dilancarkan di Nintendo Switch dan PC melalui Steam serta Epic Games Store pada 22 Mei 2025.
Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered adalah versi remastered daripada game PS Vita “Mobile Suit Gundam SEED: Battle Destiny”, yang asalnya dikeluarkan secara eksklusif di Jepun pada 7 Jun 2012.
Versi baharu ini membawa pemain ke era C.E. 71 hingga C.E. 73 dalam dunia Mobile Suit Gundam SEED, mengekalkan elemen game asal tetapi dengan grafik yang lebih baik, sistem yang dipertingkatkan, dan kawalan yang dioptimumkan untuk platform moden.

Buat pertama kali, pemain dapat merasai dunia Mobile Suit Gundam SEED dalam versi yang diolah ke bahasa Inggeris. Duduk di kokpit dan bertarung dalam pertempuran Gundam penuh aksi, lengkapkan misi, serta naik taraf Mobile Suit pilihan anda untuk menguasai medan perang.
Alami semula detik-detik ikonik dari Mobile Suit Gundam SEED dan Mobile Suit Gundam SEED Destiny dengan peta serta grafik yang dikemas kini. Pemain boleh memilih untuk berpihak kepada salah satu daripada tiga faction—Earth Alliance Forces, ZAFT, atau Archangel—dan menyertai misi bersama watak serta Mobile Suit terkenal dari siri ini.
Selain misi yang mengadaptasi adegan klasik daripada anime asal, terdapat juga misi eksklusif yang memperluaskan jalan cerita.

Versi remaster ini menampilkan lebih 100 Mobile Suit yang direka semula dengan tekstur resolusi tinggi. Pemain boleh membuka lebih banyak Mobile Suit dan misi daripada siri utama Mobile Suit Gundam SEED serta meneroka kisah sampingan dari dunia yang luas ini.
Sama ada anda meminati unit dari Mobile Suit Gundam SEED, SEED Destiny, SEED C.E.73 -STARGAZER-, SEED ASTRAY, SEED X ASTRAY, SEED VS ASTRAY, SEED MSV, atau SEED Destiny MSV, anda boleh menyesuaikan dan “menguatkan” Mobile Suit pilihan untuk menghadapi musuh yang mencabar.

Peningkatan sistem turut merangkumi mod lock-on baharu dan tetapan kawalan yang dikemas kini untuk pengalaman gameplayyang lebih lancar.
Menu UI yang direka semula membolehkan pemain memperkuatkan Mobile Suit dan senjata mereka, sementara sistem talaan yang lebih fleksibel membolehkan pemain menyesuaikan gaya permainan mengikut keutamaan mereka.
Pra-tempahan digital kini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post