Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Legends cecah hasil global RM4 bilion sejak debut, Malaysia ke-2 terbanyak menyumbang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2022 - Updated on July 19, 2022
in Android, Artikel, Berita, Industri, iOS, MOBA, Mobile, Tinjauan & analisis
0 0
0
Mobile Legends cecah hasil global RM4 bilion sejak debut, Malaysia ke-2 terbanyak menyumbang
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dilancarkan pada Julai 2016, Mobile Legends: Bang Bang oleh Moonton telah mengalami pertumbuhan yang pesat sebagai salah satu game mobile paling popular di seluruh dunia. Setiap tahun, jumlah pemain pasti meningkat jadi mungkin ada yang tertanya – “berapa hasil pendapatan Mobile Legends setakat tahun 2022?” Menurut info, Mobile Legends telah cecah lebih RM4 billion di seluruh dunia.

Secara lebih khusus lagi, Mobile Legends membawa jumlah hasil USD $945 juta (anggaran RM 4.2 bilion) mengikut data daripada AppMagic. Amerika Syarikat menduduki tempat pertama sebagai negara dengan perbelanjaan terbanyak iaitu USD $146 juta (anggaran RM 650 juta). Namun, mereka adalah satu-satunya negara di senarai “lima terbaik.”

Sebahagian besar daripada pendapatan game ini sebenarnya datang dari Asia Tenggara, di mana ia telah memperoleh sebanyak USD $522 juta (anggaran RM 2.3 bilion), yang merupakan lebih 50% daripada total pendapatan sejak pelancaran hari pertama.

Malaysia terbukti adalah negara Asia yang paling menguntungkan untuk Mobile Legends, di mana pemain telah membelanjakan sebanyak USD $134 juta (anggaran RM 596 juta) dalam game. Filipina pula mengikuti Malaysia dan berjaya menjana pendapatan sebanyak USD $122 juta (anggaran RM 541 juta), lalu diikuti oleh Indonesia yang mengumpul USD $113 juta (anggaran RM 504 juta).

Pada masa yang sama, kita boleh melihat bahawa pengguna Android di Malaysia lebih banyak membelanjakan duit dengan jumlah $101 juta (anggaran RM447 juta) berbanding dengan pengguna iOS yang mencatat jumlah USD $33 juta (anggaran RM148 juta).

Daripada segi jumlah muat turun, jumlah Malaysia lebih sedikit iaitu 26,698,601 berbanding dengan Filipina (76,432,661), Indonesia (190,651,029), dan Singapura (2,547,640). Namun begitu, jumlah belanjawan di Malaysia masih lagi tinggi berbanding negara di tempat ke-3 dan ke-4. Walaupun populasi penduduk Singapura amat rendah (hampir 6 juta pada tahun 2022), tetapi negara tersebut masih menyaingi daripada segi belanjawan.

Jadi bagaimana Mobile Legends berjaya mengukuhkan tempatnya di Asia Tenggara? Antara sebab besar adalah kerana Moontoon mengambil langkah pertama untuk memperkenalkan game tersebut kepada khalayak ramai. Walaupun Mobile Legends bukanlah game Mobile MOBA pertama, ia lebih digemari kerana mekaniknya yang mudah difahami dan watak menarik.

Riot kemudian melancarkan League of Legends versi mobile iaitu Wild Rift pada tahun 2020, tetapi itu pun tidak berjaya memenangi hati pemain kerana pasaran penting seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura sudah didominasikan oleh MLBB.

Untuk menunjukkan betapa popular Mobile Legends di Malaysia, saya akan cuba membandingkannya dengan Wild Rift. Sebagai contoh. Malaysia hanya membelanjakan sebanyak USD $1,963,500 (anggaran RM8,720,885.25) untuk Wild Rift sedangkan negara kita adalah belanjawan ke-2 terbanyak bagi Mobile Legends. Pada masa yang sama, jumlah muat turun di negara kita pun agak rendah iaitu 1,229,606.

Selain daripada estetika game itu sendiri, acara e-sukan seperti Kejohanan Dunia M1, dan Mobile Legends Professional League juga memainkan peranan penting dalam memacu populariti dan membantu MLBB mencapai populariti tinggi di Asia Tenggara. Secara tidak langsung, ia kini menjadi salah satu game MOBA terbesar di mobile. Korang boleh baca analisis penuh kami tentang topik tersebut di SINI.

Adakah League of Legends: Wild Rift boleh mengalahkan Mobile Legends: Bang Bang satu hari nanti atau adakah pesaing baru akan muncul untuk mengambil alih takhta? Jom kongsikan pendapat korang di ruang komen!

*Data diambil dari Julai 2016 hingga 14 Julai 2022 melalui AppMagic*

*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 14 Julai 2022*

Untuk segala liputan kami tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMOBAMobile Legends
Previous Post

[Khabar Angin] Assassin’s Creed terbaru akan berlaku semasa tamadun Aztec

Next Post

Saiz Genshin Impact di Mobile kini cecah 20 GB! Mungkin perlukan fon khas nanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Saiz Genshin Impact di Mobile kini cecah 20 GB! Mungkin perlukan fon khas nanti!

Saiz Genshin Impact di Mobile kini cecah 20 GB! Mungkin perlukan fon khas nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd