Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOBA Pokemon Unite kini boleh muat turun melalui aplikasi TapTap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, Genre, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”
Share on FacebookShare on Twitter

Kamu mesti tahu tentang sebuah game mobile MOBA berdasarkan francais Pokemon kan? Diberi nama Pokemon Unite, anda kini boleh muat turun game ini.. secara tidak rasmi.

Game ini kini tersedia untuk dimuat turun di TapTap, sebuah laman aplikasi pihak ketiga untuk peranti Android. Ini bukan pelancaran rasmi, dan kemungkinan besar ialah versi permainan yang dibocorkan berikutan ujian beta yang diadakan di beberapa negara.

Harap maklum, muat turun dan bermain game ini pada risiko anda sendiri. Pemaju Pokemon Unite, TapTap, atau mahupun saya tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku sekiranya anda memuat turun dan menemui beberapa masalah.

Jika ada yang cuba, permainan akan  memberi notis yang memberitahu anda untuk tidak berkongsi apa-apa rakaman. Selain itu, tangkapan skrin pun ditandakan dengan ID anda dalam permainan anda, jadi harap semua maklum.

Terdapat 5 peranan asas dalam permainan ini iaitu Strike/Power, Support, Standard/Balancer, Defense, dan Speed manakala setiap Pokemon dibahagikan kepada 3 jenis kebolehgunaan: Beginner  Medium, Advanced/Master. Sama seperti mana-mana MOBA, Pokemon tersebut juga boleh menyerang daripada jarak dekat atau jarak jauh.

Pokemon akan berevolusi pada level 5 dan level 7 (jika ia dapat berevolusi dua kali) dan akan mempelajari abiliti baru pada level 1, level 3, level 5, dan level 7. Pemain hanya boleh memilih 1 abiliti daripada 2 pilihan alternatif setiap kali daripada kategori abiliti yang sama. Semakin tinggi leve anda, semakin kuat juga lah abiliti yang dipelajari. Pada awal permainan, setiap Pokemon akan mempelajari satu abiliti asas. Apabila mempelajari abiliti ketiga, Pokemon tersebut akan melupakan abiliti asasnya. Pada level 9, Pokemon yang anda kawal akan mempelajari “Unite Move” sebagai abiliti ketiga.

Dalam perlawanan, beberapa Pokemon liar yang kuat akan muncul di peta yang menampilkan Pokemon legenda seperti Zapdos dan Drednaw. Jika anda mengalahkan mereka, pemain akan mendapat jumlah mata yang banyak berbanding Pokemon liar lain. Selain itu, item seperti Rare Candy atau Sitrus Berry juga akan muncul secara rawak di peta dan memberi kesan khas pada Pokemon yang makan.

Sekiranya anda benar-benar tidak sabar untuk bermain, saya sarankan anda untuk cuba kerana game ini sebenarnya banyak membezakan dirinya dari MOBA lain seperti MLBB, Wild Rift, dan lain-lain dengan memberi fokus pada titik penangkapan dan bukannya direka semata-mata hanya untuk bertarung.

Pokemon Unite pertama kali diumumkan pada tahun lepas dalam acara Pokemon Direct yang istimewa. Sejak itu, tidak banyak yang dikongsikan tentang game ini selain daripada ujian beta yang diadakan pada negara-negara terpilih. Jika ada yang mencuba Pokemon Unite, saya sediakan pautan muat turun di SINI melalui aplikasi TapTap! Jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen selepas mencuba.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MOBAMobilepokemonPokémon UNITETapTap
Previous Post

Studio Tempatan- Lemon Sky Studio tampil dalam pembincangan dokumentari YouTube atas isu “Crunch”

Next Post

Dating sim akan datang ke Genshin Impact dalam kemaskini 1.4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dating sim akan datang ke Genshin Impact dalam kemaskini 1.4!

Dating sim akan datang ke Genshin Impact dalam kemaskini 1.4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd