Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOBA Honor of Kings Akan Tiba 20 Jun, Pre-register Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
MOBA Honor of Kings Akan Tiba 20 Jun, Pre-register Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, TiMi Studio dan Level Infinite telah mengesahkan bahawa game MOBA ‘Honor of Kings‘ akan dilancarkan secara global pada 20 Jun untuk peranti mobile Android dan iOS. Kini, semua orang termasuk pemain di Malaysia, dapat mengalami keseronokan pertempuran sengit bagi “mobile MOBA paling popular di dunia”.

Mereka yang berminat boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.

Untuk meraikan pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer rasmi yang anda boleh tonton di bawah:

Menurut GamerBraves; mulai hari ini, pemain boleh pre-register game ini bagi menuntut sejumlah ganjaran menarik. Lebih banyak orang yang pre-register, lebih banyak ganjaran yang akan dibuka termasuk termasuk 500 Diamond, 2,000 Arcana Fragment, 5,000 Starstone, Trial Card untuk semua hero, hero percuma Ying dan skin percuma Crimson Tassel untuk Ying.

Semua ganjaran pre-register akan dihantar kepada pemain selepas pelancaran game melalui in-game mailbox.

 

Kredit: TiMi Studio Group, Level Infinite

Tentang Honor of Kings Global

Pertama kali dikeluarkan di tanah besar China pada 26 November 2015, Honor of Kings menjadi salah satu game MOBA yang paling hangat di negara tersebut.

Adaptasi antarabangsa, bertajuk Arena of Valor, telah dikeluarkan pada Oktober 2016; dan menggunakan game engine yang sama tetapi banyak mengubah reka bentuk user interface dan hero untuk menarik perhatian pasaran Barat.

Mulai November 2020, Honor of Kings mempunyai lebih 100 juta pemain aktif setiap hari, menjadikannya salah satu game paling popular di dunia, serta game mobile dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Pada masa yang sama, ia menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia.

Supaya dapat kembali ke asasnya, Level Infinite memutuskan untuk membawa Honor of Kings ke peringkat global! Tanpa perubahan dan setulen mungkin seperti versi China, kini semua orang dapat mencuba game MOBA tersebut tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: honor of kingsMOBA
ShareTweetSend
Previous Post

VTuber OniGiri Kagum Dengan Masakan Malaysia & Mengusik Kandungan Baru Dalam Temu Ramah Eksklusif

Next Post

Katalog PS Plus Mei 2024 – Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
Katalog PS Plus Mei 2024 – Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi

Katalog PS Plus Mei 2024 - Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd