Semasa livestream NetEase Connect, satu stealth game telah debut semula iaitu Mission Zero. Walaupun ia telah diumumkan pada tahun lepas, akhirnya kita dapat melihat dengan lebih jelas mengenai gameplay-nya. Bukan setakat itu sahaja, ujian teknikal Mission Zero akan tersedia di Malaysia pada Julai 2023 (tarikh tepat belum diumumkan). Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenai game ini.
Mission Zero merupakan stealth game konpetitif 2v4 yang memaparkan “blend-in” serta pengalaman gameplay yang berbeza. Ia akan tersedia pada peranti mobile dengan sistem iOS Android. Malah ia juga akan hadir untuk pemain PC. Game ini juga mempunyai ciri cross-platform. Pemain akan memilih untuk menjadi invader atau chaser semasa bermain dan membongkar perkara mengenai Sirius dan Mobius. Sembunyikan diri, gunakan kebolehan dan peralatan yang hebat serta rasai satu perlawanan yang sengit dalam operasi ini!

Berikut adalah ciri-ciri penting mengenai Mission Zero:
- 2v4 stealth game konpetitif
- Sembunyi dan sebati dengan kawasan sekeliling
- Adakah anda dapat membongkar identiti disebalik samaran. Gunakan segala-galanya yang anda boleh dapatkan di sekeliling anda. Menyarmarlah dan selesaikan misi yang diterima. Jadilah sebagai VIP, janitor atau apa sahaja untuk sebati dengan kawasan sekeliling dan orang ramai.
- Game yang mendebarkan
- Sebagai seorang agent, anda telah mengembara ke seluruh dunia untuk menyelesaikan pelbagai misi mustahil, sudah tentu misi tersebut semuanya rahsia besar. Empat invader perlu sebati dan kumpulkan kesemua maklumat rahsia tersebut. Kedua-dua chaser perlu bekerja sama untuk memburu tetamu yang tidak diundang ini.
- Pilihlah Chaser anda!
- Terdapat set kebolehan kombo yang tersedia untuk chaser. Antaranya, Flurry of Fists, Master of Magic, Rampage Girl dan banyak lagi. Manfaatkan kesemua kebolehan tersebut dalam game.
- Terdapat banyak alatan teknologi hebat
- Anda boleh perangkap chaser dengan semua peralatan hebat ini. Gunakannya untuk mendapatkan semua fail rahsia. Semua pilihan di tangan anda!
Lagi sekali kami ingatkan, ujian teknikal Mission Zero akan tersedia pada bulan Julai nanti tanpa tarikh tepat. Jadi kalau anda berminat untuk bermain game ala-ala spy ini, bolehlah sertainya. Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi untuk pelancaran yang diumumkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post