Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Miles Morales Mungkin Jadi ‘Spider-Man Utama’ Dalam Game Selepas Ini, Menurut Insomniac Games

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 6, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Miles Morales Mungkin Jadi ‘Spider-Man Utama’ Dalam Game Selepas Ini, Menurut Insomniac Games
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu game paling seronok untuk dimainkan pada 2023, Marvel’s Spider-Man 2 menampilkan dua Spider-Man yang pemain boleh main: Peter Parker dan Miles Morales. Ini menimbulkan persoalan – “Siapakah akan menjadi Spider-Man utama yang akan melindungi New York City dalam game akan datang?” – dan nampaknya tanggungjawab itu dijatuhkan kepada Miles Morales, menurut kata Insomniac Games.

Kredit: Insomniac Games

Amaran! Spoiler untuk Spider-Man 2 di bawah!

Kredit: Insomniac Games

Selepas bergelut dengan pengaruh symbiote dalam majoriti adegan, Peter Parker akhirnya berundur daripada menjadi hero untuk memberi fokus kepada pembinaan Emily-May Foundation dalam Spider-Man 2. Ini menjadikan Miles Morales sebagai satu-satunya Spider-Man di New York, yang disahkan apabila dia pergi untuk menyelamatkan dunia manakala Peter (yang yakin dengan protege-nya), memilih untuk berehat di rumah bersama MJ.

Ternyata ini adalah pengakhiran yang sangat jelas tetapi, Ben Arfmann sebagai pengarah naratif dan Brittney Morris sebagai penulis telah menjelaskan lagi tentang penamatnya dalam temu bual baru dengan Gizmodo.

Kredit: Insomniac Games

Apabila ditanya sama ada pasukan Insomniac merancang untuk menjadikan Miles menjadi Spider-Man “utama” pada penghujung game, Morris mengesahkan begitulah cara watak itu dilihat. Dia berkata:

“Ia sentiasa rasa sangat natural, dan saya fikir kita semua, secara kolektif, menyangka ini akan berlaku. Bagi saya, ia menunjukkan banyak evolusi Miles; pada permulaan game, kita melihat dia bergelut untuk memikirkan apa yang dia mahu lakukan dengan hidupnya. Di penghujung, Miles telah memikul beban menyelamatkan bandar, dan juga membantu Pete ketika dia tidak cukup kuat untuk menguatkan dirinya pada titik titik tertentu.”

Kredit: Insomniac Games

Walaupun Miles dianggap sebagai Spider-Man “utama” pada masa hadapan, itu tidak bermakna Peter Parker akan membuang sutnya dan tiba-tiba meninggalkan tanggungjawabnya. Seperti saya kata tadi, Peter ingin berehat seketika untuk fokus pada kehidupan sendiri. Dia tidak akan meninggalkan identiti superhero itu sepenuhnya.

Spider-Man 2 juga membuka banyak naratif bercabang yang berkaitan langsung dengan Peter. Contohnya; Chameleon berjanji untuk membunuhnya sebagai tribut kepada Kraven, jadi tidak mungkin kita akan melihat Peter Parker berhenti menjadi Spider-Man dalam universe game oleh Insomniac Games.

Kredit: Insomniac Games

Dapatkan segala berita kami tentang game Spider-Man 2 termasuk review lengkap di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Miles MoralesSpider-Man
ShareTweetSend
Previous Post

M5 World Championship Tawar Skin Eksklusif Yu Zhong & Banyak Ganjaran Lain!

Next Post

Anime Zom 100: Bucket List of the Dead Tayangkan 3 Episod Akhir Disember Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Zom 100: Bucket List of the Dead Tayangkan 3 Episod Akhir Disember Ini!

Anime Zom 100: Bucket List of the Dead Tayangkan 3 Episod Akhir Disember Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd