Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MHA: Quirk Pemilik Ke-2 One For All didedahkan! AFO kena hentam habis-habisan! [SPOILER]

Maira by Maira
October 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
MHA: Quirk Pemilik Ke-2 One For All didedahkan! AFO kena hentam habis-habisan! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan “rage” Deku dengan AFO yang telah mengambil alih badan Shigaraki. Seperti yang dijangka sekali lagi, memang kita akan didedahkan dengan quirk oleh pemilik kedua One For All (OFA)! Punya lama Horikoshi-sensei simpan rahsia ini, akhirnya dia dedahkan juga quirk tersebut. Jom kami ceritakan lebih lanjut tentangnya.

AMARAN! Ada spoiler manga My Hero Academia bab 368 di bawah!

AMARAN! TEKAN DI SINI UNTUK BACA SPOILER MHA 368!

Dengan semua pengguna One For All menyokong Deku, sudah tiba masanya untuk kita lihat pertarungan epik dalam siri. Seperti yang diingatkan kepada protagonis pada bab-bab yang lalu, quirk pengguna kedua One For All hanya boleh digunakan apabila perlu sahaja. Waktu itu adalah sekarang.

Sumber: MangaPlus

Didedahkan bahawa quirk yang dimiliki pengguna kedua One For All adalah Transmission. Bunyi macam biasa sahaja, tetapi kuasa itu sangat kuat. Transmission mampu menukarkan kepantasan target apabila disentuh. Sebab itu dalam manga, bunyi yang dihasilkan sedikit lewat walaupun AFO telah ditumbuk banyak kali. Bukan setakat itu sahaja, ia juga telah memberikan dorongan kepada penguasaan OFA Deku sehingga 120%.

Sumber: MangaPlus

Memandangkan Deku juga jenis yang menggunakan kekuatan tubuhnya untuk menyerang, quirk Transmission ini sangat sesuai dengan gaya Deku berlawan. Ditambah pula dengan kombo daripada quirk pengguna One For All terdahulu memang masaklah AFO selepas ini. Dia juga terkejut apabila Deku mampu menyerangnya dengan begitu pantas.

Sumber: MangaPlus

Seperti quirk hebat yang lain, sudah tentu ada keburukannya. Sebab itulah pengguna kedua OFA meminta Deku untuk menggunakan kuasa itu apabila terdesak. Deku juga telah menggunakannya, jadi dia perlu menggunakan masa yang terhad untuk mengalahkan AFO selama-lamanya.

Sumber: MangaPlus

Bab akan datang nampaknya akan menjadi lebih epik. Lebih-lebih lagi selepas Deku mengenakan Detroit Smash kepada AFO. Anda yang masih belum membacanya, boleh lawati laman web Manga Plus atau aplikasinya. Kami juga ada berkongsikan sedikit maklumat mengenai semua pemilik OFA. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero AcademiaMy Hero Academia 368One For All
Previous Post

“Versi Perancis Lebih Sama” — Peminat Lebih Suka Mario Movie Dub Perancis Berbanding Dub Inggeris!

Next Post

Krew Straw Hat jumpa Vivi – trailer One Piece Odyssey dedah Alabasta!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Krew Straw Hat jumpa Vivi – trailer One Piece Odyssey dedah Alabasta!

Krew Straw Hat jumpa Vivi - trailer One Piece Odyssey dedah Alabasta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd