Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio Pamer Gameplay ‘Archetype’, Pre-Order Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio Pamer Gameplay ‘Archetype’, Pre-Order Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 8 Jun lalu, ATLUS telah menganjurkan showcase khas yang mendedahkan butiran lanjut tentang sistem Archetype dalam RPG terbaru mereka, Metaphor: ReFantazio. Bukan itu sahaja, mereka juga membuka pre-order untuk Metaphor: ReFantazio edisi fizikal, digital dan Edisi Ulang Tahun ke-35 Atlus.

Anda boleh menonton dahulu gameplay di bawah untuk gambaran umum tentang gameplay baharu:

Semasa showcase, pengarah Metafora: ReFantazio Katsura Hashino, menerangkan bagaimana Archetype (boleh dianggap sebagai kelas), dapat bercabang dan berevolusi sepanjang permainan.

Terdapat 14 Archetype basic—seperti Magician, Thief, Seeker dan Monk—masing-masing dengan lineage yang boleh berkembang kepada lebih banyak Archetype. Secara keseluruhan, game ini menampilkan lebih daripada 40 Archetype, termasuk Masked Dancer, Summoner, Berserker dan banyak lagi.

Kredit: ATLUS

Di permulaan, pemain akan mendapat akses kepada Knight Archetype, pakar defensif yang memberikan perlindungan, dan Healer Archetype, yang boleh menggunakan magic pemulihan. Archetype boleh memperoleh EXP melalui pertarungan dan belajar pelbagai jenis skil. Setelah Archetype mencapai level yang cukup tinggi, mereka boleh mengubah ke bentuk yang lebih kuat.

Kredit: ATLUS

Boleh pre-order Metaphor: ReFantazio sekarang!

Pemain kini boleh pre-order Metaphor: ReFantazio edisi Standard Fizikal, Edisi Standard Digital, dan edisi Atlus Brand 35th Anniversary. Mereka yang pre-order layak menerima item bonus di bawah:

  • Archetype Experience Item Set
    • Hero’s Incense x10
    • Heroic Fruit x5
  • Journey Rations Set
    • 30,000 reeves
    • Magical Bread x3
    • Expensive Medicine x5
    • Stale Blackbread x2
    • Revival Medicine x5

Metaphor: ReFantazio ATLUS Brand 35th Anniversary Edition

Kredit: ATLUS

Sebagai tambahan kepada base game, edisi khas ini meraikan ulang tahun ke-35 syarikat ATLUS dengan memberi pelbagai DLC, bonus, dan barangan fizikal eksklusif Metaphor: ReFantazio, termasuk buku sejarah dan buku seni! Berikut adalah isinya:

  • Premium Artbook
  • Special Soundtrack
  • Atlus Brand 35th History Book
  • Atlus Brand 35th Anniversary All-Time Best
  • Exclusive Original Acrylic Stand
  • Premium Stickers
  • Download Code for Costume & BGM Bundle (8 Set)
  • Base Game(Physical Version)

Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!

Bagi mereka yang berminat, Metaphor: ReFantazio akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 11 Oktober.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metaphor: ReFantazioPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Datang 10 September!

Next Post

Game shoot’em up ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Akan Tiba Ogos 2024, Pre-Order Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
Next Post
Game shoot’em up ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Akan Tiba Ogos 2024, Pre-Order Dibuka

Game shoot’em up 'CYGNI: All Guns Blazing' Akan Tiba Ogos 2024, Pre-Order Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd