Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!

Maira by Maira
April 23, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Atlus telah melepaskan pelbagai maklumat mengenai game RPG baru mereka iaitu Metaphor: ReFantazio melalui livestream pada awal pagi tadi. Bukan setakat itu sahaja, kita juga didedahkan dengan tarikh pelancaran rasmi game tersebut. Diumumkan melalui trailer baharu, Metaphor: ReFantazio akan dilancarkan pada 11 Oktober 2024 di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam! Jom kami kongsikan serba sedikit maklumat yang didedahkan melalui livestream tersebut.

Skrin Utama

Kita telah didedahkan dengan reka bentuk logo game yang berdasarkan konsep bandar utama dalam game tersebut. Skrin utama game menunjukkan silhouette protagonis di tengah-tengah jalan yang dipenuhi orang. Mula sahaja game, anda boleh meletakkan nama anda tersendiri untuk protagonis, sama seperti game-game Persona Atlus sebelum ini.

Sumber: Atlus

Penerokaan

Semasa penerokaan, Atlus telah menambah sense yang lebih dinamik pada aksi game. Walaupun sistem battle turn-based masih menjadi tumpuan combat, pemain juga boleh melakukan real-time attack, mengelak, dash serta analisis.

Pada awal game, protagonis tidaklah begitu kuat, jadi tidak peliklah jika anda bertemu dengan musuh yang kuat pada awal game. Terdapat pelbagai level kesusahan dan faktor lain yang akan membuatkan battle menjadi mudah, jadi mudah untuk semua pemain mainkannya nanti.

Sumber: Atlus

Muzik

Digubah oleh Shoji Meguro, pengkarya di sebalik soundtrack siri Persona, kita akan dapat mendengar soundtrack hebat daripadanya sepanjang game. Yang menariknya, muzik yang dimainkan hanya berada dalam kepada protagonis sahaja kerana ia merupakan sihir yang digunakan oleh Gallica, peneman anda sepanjang perjalanan.

Sumber: Atlus

Persinggahan pertama – Royal Capital Grand Trad

Seni latar telah direka oleh Koda Kazuma, artis jemputan yang telah popular dengan karyanya dalam Siri Nier. Seni bina dinamik dihidupkan dengan rasa realisme yang unik dalam lukisan zaman pertengahan. Masuk sahaja ke Royal Capital Grand Trad, anda akan melihat banyak kenderaan berperisai yang besar.

Protagonis akan menaikinya sambil mengelilingi dunia. Reka bentuk asal kenderaan ini dicipta oleh Ikuto Yamashita yang dikenali dengan rekaannya untuk siri Neon Genesis Evangelion. Menggunakan magic, anda boleh ronda-ronda di bandar dengan naik pedang anda, yang berfungsi sebagai papan luncur juga.

Sumber: Atlus

Peta Dunia

Anda boleh melihat di mana anda berada pada masa ini dan kemudian segera bergerak ke mana-mana tempay yang anda telah lawati sebelum ini. Dengan zoom out, anda boleh melihat peta untuk seluruh kerajaan. Sambil cerita berjalan, hub utama anda bergerak dari bandar ke bandar.

Sumber: Atlus

Kemudahan di bandar

Terdapat “Recruitment Centre” di bandar. Di sinilah tempat untuk anda mencari permintaan untuk menumpaskan raksasa berbahaya. Ancaman ini dipanggil Bounties, yang akan memberikan anda ganjaran menarik.

Sumber: Atlus

Seterusnya kita ada Weapon Shop, di mana anda boleh menyesuaikan parti anda dengan memberikan peralatan yang diperlukan untuk setiap watak sebelum memulakan perjalanan dalam dungeon.

Sumber: Atlus

Selain itu, kita ada Tavern yang mempunyai Informant, yang akan memberi petunjuk mengenai dungeon dan strategi battle. Terdapat juga Inn di belakang Tavern untuk anda berehat.

Gauntlet Runner

Gauntlet Runner ialah kenderaan yang boleh bergerak dengan selamat merentasi kawasan terbiar. Pangkalan mudah alih ini bergerak serta mempunyai mekanik yang menggunakan magic. Protagonis dan sekutunya akan mengembara dengan Gauntlet Runner ini untuk mendapatkan populariti. Dalam War Room, anda boleh mengakses roundtable yang akan mengumpulkan semua sekutu anda daripada bandar serta membuka peta untuk teruskan perjalanan.

Sumber: Atlus

Metaphor: ReFantazio merupakan game yang berpusat pada konsep tarikh dan masa. Jadi sepanjang bermain, anda boleh rasai pengembaraan dengan pelbagai aktiviti dan melihat struktur menarik dalam masa yang ditetapkan. Anda bebas untuk melakukan apa-apa sahaja dalam waktu yang ditetapkan.

Anda mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk melengkapkan objektif cerita utama di setiap lokasi yang anda lawati. Tetapi side quest ini juga memainkan peranan penting dalam cerita. Sesetengah memerlukan memerangi musuh yang kuat, manakala yang lain mungkin menawarkan peralatan yang rare. Susunan yang anda lakukan dalam quest ini akan memberi impak yang besar pada betapa sukarnya battle itu.

Sumber: Atlus

Bahan yang anda kumpul dengan sekutu anda boleh dimasak di dapur. Anda boleh menghasilkan item berharga di situ. Common room pula merupakan ruang untuk anda meluangkan masa bersama sekutu anda. Terdapat koleksi buku untuk dibaca malah anda juga boleh tidur di situ. Anda juga boleh mencuci peralatan dengan menggunakan mesin basuh.

Anda juga boleh berada di atas dek Gauntlet Runner untuk melihat persekitaran luar yang mungkin mempunyai raksasa. Ada banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dalam Gauntlet Runner ini.

Sumber: Atlus

Dungeon dan Combat

User Interface (UI)

Di sini kami mempunyai ciri seperti item, skill dan equipment. Anda dapat melihat bahawa rekaan UI yang baik dan direka supaya anda selesa bermainnya malah memberikan pengalaman yang lebih imersif.

Sumber: Atlus
Archetype

Sistem job dalam Metaphor: ReFantazio dipanggil Archetype. Ia adalah elemen yang paling penting dalam game ini. Antara Archetype yang muncul pada awal game adalah Seeker, Mage dan Thief. Watak boleh bertukar dan menyerupai tokoh heroik serta menggunakan skill mereka untuk bertarung.

Sumber: Atlus
Battle: Fast and Squad

Masuk sahaja dalam dungeon, anda boleh gunakan kuasa Fairy Companion untuk menganalisi persekitaran anda. Anda boleh melihat ranking kekuatan musuh yang berdekatan melalui warna auranya.

Warna biru menunjukkan bahawa anda boleh menumpaskannya secara solo. Jika berwarna kuning, selalunya raksasa itu lebih berbahaya, jadi anda mungkin mahu panggil sekutu anda semula dengan butang “Squad”, maka pertarungan menjadi turn-based battle.

Sumber: Atlus

Jika anda mulakan squad battle sebelum musuh mengesan anda, anda akan menerima bonus ‘first strike’. Malah untuk pertempuran yang memerlukan pendekatan skuad untuk mengalahkan mereka dengan kemahiran, bahagian aksi sebelum ia direka untuk menyediakan elemen tekstur dengan mekanik yang boleh membawa kepada kelebihan dan kekurangan. Pilihan Squad membolehkan anda terlibat dalam pertempuran taktikal tanpa mendekatkan diri dengan menggunakan pelbagai skill dan aksi strategik. Penyesuaian parti juga sangat fleksibel dan strategik, jadi anda boleh cipta parti anda sendiri yang unik dan berkuasa. Selepas selesai battle, jika anda tidak mempunyai sebarang damage, anda akan mendapat bonus pada ganjaran anda.

Dungeon

Sambil anda meneruskan perjalanan cerita, anda akan menemui dungeon utama yang juga merupakan sebahagian daripada quest. Nampaknya kita bakal melihat mekanik dungeon yang lebih baik berbanding game Atlus sebelum ini. Kita kena nantikannya pada masa akan datang.

Berhubung dengan Follower

Salah satu sistem yang diperkenalkan adalah sistem follower. Protagonis akan bertemu dengan pelbagai orang sepanjang perjalanannya. Sambil dia terus berhubung dengan mereka, follower ini akan menjadi penyokong terhebatnya. Mereka juga boleh memberi akses kepada Archtype baru dalam battle.

Sumber: Atlus
Penyesuaian parti

Ahli parti anda yang lain juga boleh memakai Archetype yang berbeza. Jadi ada pelbagai pilihan untuk anda hasilkan parti terbaik. Game ini juga mahu anda melepaskan kreativiti anda untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan sepanjang bermain.

Sumber: Atlus

Tidak sabar untuk melihat info lanjut mengenai game ini. Katanya akan ada hands-on demo yang bakal tersedia melalui acara-acara terpilih nanti. Harap-harap dapatlah kita rasai demo tersebut di salah satu acara di Malaysia nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Metaphor: ReFantazio daripada kami, boleh klik pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AtlusMetaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Artis Malaysia Karmen Loh Hasilkan Seni Utama Untuk Pokemon Championships 2023-24 Malaysia

Next Post

Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd