Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metal Gear Solid Delta: Snake Eater – Membawa Game 2004 Ke 2023, Grafik Realistik Habis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Metal Gear Solid Delta: Snake Eater – Membawa Game 2004 Ke 2023, Grafik Realistik Habis
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Metal Gear Solid Delta: Snake Eater telah mendedahkan rakaman in-engine baharu, untuk mempamerkan betapa realistiknya grafik yang dibuat menggunakan Unreal Engine 5. Bagi mereka yang tidak tahu, Metal Gear Solid 3 original adalah salah satu game terbaik yang pernah dibuat oleh Konami, jadi ramai peminat tidak sabar untuk melihat sama ada remake itu akan memenuhi hype atau tidak.

Anda boleh menonton dahulu rakaman itu di bawah:

Mula-mula diumumkan pada bulan Mei lalu, Metal Gear Solid Delta sedang dibangunkan oleh pasukan dalaman Konami dan Virtuos, yang membuat port untuk game hebat seperti Final Fantasy 10 dan Nier Automata. Delta merupakan tumpuan utama kebangkitan francais Metal Gear Solid, yang turut merangkumi dua koleksi remaster yang merangkumi semua game lama dalam siri.

Kredit: KONAMI

Dalam video di atas, pemain dapat melihat rakaman in-engine terkini untuk Metal Gear Solid 3 Delta yang dikongsi semasa Xbox Partner Preview. Video itu menunjukkan Snake sedang menyelinap di dalam hutan sambil meredah air yang keruh dan bersembunyi daripada tentera musuh di dalam semak.

Video itu juga termasuk beberapa adengan flora dan fauna tempatan seperti burung dan buaya. Secara keseluruhan, reka bentuk seni dalam game sangat-sangat realistik. Di penghujung treler, ia turut mendedahkan bahawa Metal Gear Solid Delta dibuat menggunakan Unreal Engine 5 (info yang telah dibocorkan melalui khabar angin).

Kredit: KONAMI

Walaupun grafik kelihatan cukup bagus, “mencipta” semula klasik seperti Metal Gear Solid Delta pasti tidak mudah. Tanpa Hideo Kojima, lelaki yang memainkan tanggungjawab besar dalam populariti Metal Gear Solid, peminat lama pasti akan merasai kehilangannya tanpa input kreatif di dalam versi remake.

Pada masa ini, Metal Gear Solid Delta tidak mempunyai tarikh keluaran rasmi, tetapi peminat francais boleh bermain game lain sementara menunggu. METAL GEAR SOLID: MASTER COLLECTION Vol. 1  baru-baru ini dikeluarkan dan menawarkan banyak content, walaupun terdapat beberapa isu teknikal. Jika anda ingin recap semula kisah Snake, ini merupakan permulaan yang bagus.


Metal Gear Solid Delta: Snake Eater sedang dibangunkan untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S.

Dapatkan segala berita kami tentang Metal Gear Solid di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metal Gear SolidMetal Gear Solid Delta: Snake Eater
ShareTweetSend
Previous Post

“That Time I Got Reincarnated as a Slime: Visions of Coleus” Bakal Tayang di Muse Asia!

Next Post

Ark: Survival Ascended Tunjuk Gameplay Pertama, Kini Tersedia Di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ark: Survival Ascended Tunjuk Gameplay Pertama, Kini Tersedia Di Steam!

Ark: Survival Ascended Tunjuk Gameplay Pertama, Kini Tersedia Di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd