Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metal Gear Solid 5 akan matikan server untuk PS3 & Xbox 360!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Metal Gear Solid 5 akan matikan server untuk PS3 & Xbox 360!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami baru sahaja mengumumkan bahawa Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain akan menamatkan perkhidmatan di platform PS3 dan Xbox 360. Secara khusus lagi, server online untuk Metal Gear Solid 5 akan dimatikan pada 31 Mei 2022 di PS3 dan Xbox 360. Menurut notis dari Konami, pemain tidak boleh lagi membuat pembelian dalam permainan di kedua-dua platform tersebut bermula hari ini, dan tidak dapat lagi membeli DLC bermula 30 November.

Masih ada banyak masa lagi untuk anda menikmati permainan tetapi pada 1 Mac 2022, Konami akan mengeluarkan Metal Gear Solid 5 dari kedai digital PS3 dan Xbox 360, dan seperti yang saya kata di atas, Konami serta merta akan mematikan server Metal Gear Solid 5 pada 31 Mei 2022. Pengguna di platform lain seperti Xbox One, PS4, dan PC tidak perlu risau. Sebelum sesiapa keliru, permainan utama masih boleh dimainkan secara solo selepas 31 Mei, dan hanya perkhidmatan Metal Gear Online sahaja yang akan ditamatkan. Selain itu, bayaran balik atau “refund” tidak akan ditawarkan.

Mungkin ada yang tidak berpuas hati, tapi saya faham mengapa Konami membuat keputusan ini. Playerbase Metal Gear Solid 5 di PS3 dan Xbox 360 tidak ramai, dan nampaknya semakin lama semakin susah untuk jaga. Majoriti pemain pun berada di PS4, Xbox One atau PC, dan jika ada yang masih menggunakan konsol gen lama, ia jelas bahawa Konami meminta anda untuk upgrade.

Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain — Thoughts from the first 40 hours -  Polygon

Selain berita di atas, bintang Hollywood Oscar Isaac baru-baru ini mendedahkan mengapa dia begitu “teruja” untuk berlakon sebagai Solid Snake dalam adaptasi filem aksi langsung akan datang.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

“Saya memang suka game ini. Saya suka perasaan yang game itu beri setiap kali saya bermain. Ia adalah permainan yang terasing, sedih, sepi, untuk bermain dan mempunyai momen-momen ganas dan seram yang luar biasa, dengan konsep dan penjahat yang aneh dan psikedelik.”

kata Isaac kepada Total Fim dalam temu bual.

Saya masih tidak tahu bila filem aksi langsung Metal Gear akan sampai ke layar perak, tetapi harap sama bagus seperti versi game lah. Untuk segala liputan kami tentang Metal Gear Solid, sila tekan pautan ini.

Sumber – Konami

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konamiMetal Gear Solid 5: The Phantom Painps3Xbox 360
Previous Post

Penerbit Soulcalibur VI , Tekken 7 – Motohiro Okubo meninggalkan Bandai Namco Entertainment selepas 25 tahun berkhidmat

Next Post

Sesi gaming untuk kanak-kanak China terhad kepada 3 jam seminggu sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sesi gaming untuk kanak-kanak China terhad kepada 3 jam seminggu sahaja!

Sesi gaming untuk kanak-kanak China terhad kepada 3 jam seminggu sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd