Setelah lama khabar angin dalam komuniti gamer, akhirnya Konami membawa kembali Metal Gear Solid 3: Snake Eater dalam versi remake! Bertajuk “Metal Gear Solid Δ (Delta): Snake Eater “, game ini akan membawa semula penceritaan asal serta dialognya. Ia juga akan hadir ke PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Semasa livestream PlayStation Showcase, trailer teaser CGI untuk Metal Gear Solid Delta: Snake Eater telah pun ditayangkan. Bukan setakat itu sahaja, MGS turut mendapat versi koleksi oleh Konami, Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 1. Dalam koleksi ini, terdapat tiga game pertama MGS dan dijadualkan untuk pelepasan pada hujung tahun 2023 di pelbagai platform.

Setelah lama francais ini menyepi, akhirnya ia dibangkitkan semula oleh Konami, dan sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk kembali kepadanya. Sudah tentu pemain baharu juga tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya. Buat sementara ini, tiada tarikh pelancaran yang diumumkan, jadi kita perlu tunggu kemas kini terbaharu daripada Konami mengenai remake Metal Gear Solid 3 ini.
Tentang Metal Gear Solid 3
Diarahkan oleh Hideo Kojima, game stealth action ini telah dilancarkan pada 2004. Berlatarkan Kesatuan Soviet era Perang Dingin, cerita game ini berpusat pada operasi FOX Naked Snake ketika dia cuba menyelamatkan pereka senjata dan mensabotaj senjata super eksperimen yang dikenali sebagai Shagohod.

Metal Gear Solid 3 diterima dengan baik secara kritis dan komersial, menjual lebih daripada 3.96 juta salinan di seluruh dunia dan mendapat metascore 91 pada Metacritic.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post