Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sila datang! Sambutan pameran God of War Ragnarok penuh aktiviti & hadiah menarik!

safwan by safwan
November 8, 2022 - Updated on November 9, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game Baru, PS4, PS5, Tempatan
0 0
0
Sila datang! Sambutan pameran God of War Ragnarok penuh aktiviti & hadiah menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan pelancaran God of War Ragnarok seluruh dunia, kami telah hadir ke acara pelancaran God of War Ragnarok di A Place Where@APW, Bangsar. Pelancaran bagi sekuel God of War kali ini, Sony Interactive Entertainment Singapura (SIES) telah mengadakan pameran eksklusif dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan pertunjukan yang menarik. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami ceritakan pengalaman kami semasa berada di acara pelancaran dan pameran God of War Ragnarok. 

Masuk-masuk tempat pameran, korang akan disambut oleh mural besar God of War Ragnarok yang menyaksikan Kratos dan Atreus. Mural besar ini sangat istimewa dan penting kerana ia diperlukan untuk memasuki giveaway eksklusif kami. 

Selain itu, kawasan sekitar juga nampak sangat meriah dengan hiasan poster, banting dan juga banner di setiap sudut. 

Semasa berada di pameran, saya memang sarankan korang untuk pergi ke zon “Hands-on” untuk merasakan sendiri pengembaraan terbaru Kratos dan Atreus yang ditemani oleh gerbang besar termasuk:

  1. Melihat karya seni daripada artis-artis terkenal melalui siri Family Portrait (antaranya dilukis oleh mangaka Tokyo Ghoul) yang menunjukkan seni visual watak baru dan lama dalam kisah hubungan setiap watak melalui gaya seni unik sendiri bersama terangan terperinci
  2. Pameran seni Father and Son: A Special Bond – Kami nampak evolusi Kratos dan Atreus dalam kisah epik Ragnarok. Untuk menunjukkan hubungan akrab antara anak dan ayah, lima artis hebat dari Asia telah melukis Kratos dan Atrues mengalami pemandangan, rasa, dan budaya negara masing masing. Lihat pengembaraan anak beranak ini di Korea Selatan, Hong Kong, Thailand, Filipina, dan Indonesia. 
  3. Kolaborasi unik antara game dan fesyen seperti T-shirt edisi terhad oleh jenama streetwear New Era & dua topi unik oleh #FR2 serta casing telefon pintar (bagi model terpilih) CASETiFY x God of War Ragnarok oleh sejumlah artis Asia Tenggara
  4. Pameran senjata replika Kratos, God of War Ragnarok DualSense controller God of War Ragnarok Edition

Semuanya dalam satu zon yang sama! 

Untuk menunjukkan lagi gaya Malaysia, mereka juga menghasilkan wayang kulit khas Kratos dan Atreus yang diperbuat oleh Tintoy Chuo, pengasas Fusion Wayang Kulit yang berdedikasi untuk hidupkan semula seni ini dengan menggabungkan dengan rujukan pop culture dan ikon sci-fi. 

Dia mencipta kedua-duanya sambil mengekalkan identiti dan butiran mereka sambil kekalkan gaya patung. Menurutnya, Atreus dibuat berdasarkan pemburu anak panah handal, Seri Rama. Dalam sejarah, patung akan duduk di atas makhluk yang melambangkan status mereka. Kratos beruang, Atreus serigala.

Wayang kulit ini boleh dilihat di kafe berdekatan dan jika anda letih, jangan lupa untuk singgah di sana membuat minuman panas khas bertemakan game seperti latte istimewa 

Pasa masa yang sama, terdapat mekap artis yg buat gaya Kratos. Tetapi hanya tersedia pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. 

Selain itu, SIES juga mengadakan pelbagai peraduan eksklusif untuk pengunjung sertai. Antaranya termasuk:

“God of War Ragnarok Themed Drink Giveaway”

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 12 tengahari – 3 petang
  • Cara sertai: Jerit ala Kratos kepada promoter dan menebus satu cawan kopi panas percuma di kafe Breakfast Thieve melalui kupon.
    • Terhad kepada 40 cawan sehari (untuk minuman panas terpilih). Disediakan untuk sesiapa yang datang dahulu.

God of War Ragnarok Theme Stickers giveaway

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
  • Cara sertai: Tunjukkan ID PSN dan dapatkan satu set pelekat.
    • Sementara stok masih ada.

God of War Ragnarok Merchandise giveaway (Kuiz)

  • Tarikh: 12 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
  • Sertai permainan kuiz untuk peluang menangi barangan terhad God of War Ragnarok.

God of War Ragnarok Game Hands-on Exclusive

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam

Saya ingin mengingatkan anda bahawa acara dan juga pameran God of War Ragnarok akan berlangsung bermula dari 9 hingga 13 November 2022 antara jam 10AM hingga 10PM. Jadi, sesiapa yang bergelar peminat francais God of War, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Giveaway dan hadiah pun banyak juga mereka sediakan. 

Apa tunggu lagi, rancang jadual korang dan jumpa Kratos bersama Atreus di sana. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai God of War, sila klik pautan ini. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War Ragnarok
Previous Post

Harga Rasmi ROG Phone 6D & 6 Batman Edition Telah Diumumkan, Bermula RM 3499!

Next Post

Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!

Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd