Diterbitkan di Weekly Shonen Jump pada lebih 30 tahun yang lalu, siri Yu Yu Hakusho ciptaan Yoshihiro Togashi boleh diakui sebagai salah satu manga shonen paling popular dalam sejarah. Kini bertahun-tahun kemudian, francais itu kembali sekali lagi dengan siri “Netflix live action” baharu yang ingin membawa kisah ke arah baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Untuk konteks, siri ini mengisahkan tentang Yusuke Urameshi, seorang delinkuen mati dilanggar oleh kereta ketika cuba menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak. Kemudian, Yusuke dihidupkan semula dan dilantik sebagai “Spirit Detective” lalu menyiasat pelbagai kes yang melibatkan makhluk supernatural di Dunia Manusia.
Siri Yu Yu Hakusho live-action oleh Netflix akan ditayangkan di seluruh dunia pada 14 Disember dan menawarkan naratif yang berbeza daripada manga mahupun anime. Sempena itu, kami berpeluang untuk menemu bual dua bintang utama iaitu Takumi Kitamura yang melakonkan protagonis Yusuke Urameshi dan Go Ayano yang melakonkan antagonis Younger Toguro.

Apakah yang kami bincangkan? Teruskan membaca interviu di bawah:
Reaksi Selepas Mendapat Peranan

Menjadi watak utama atau watak penting di dalam siri yang besar merupakan tanggungjawab yang besar. Kami memulakan sesi temu bual dengan bertanya tentang reaksi selepas ditawarkan peranan dalam adaptasi live-action Netflix Yu Yu Hakusho.
Takumi Kitamura ingin menerangkan dahulu kefahamannya tentang Yu Yu Hakusho. Bagi Kitamura, Yu Yu Hakusho bukanlah siri generasinya; sebaliknya, dia berkata Hunter x Hunter adalah anime yang generasinya suka menonton yang berlaku satu generasi selepas Yu Yu Hakusho. Walaupun begitu, dia tahu bahawa siri ini benar-benar terkenal.

Apabila mendengar tawaran untuk watak Yusuke Urameshi, dia tidak dapat menahan kegembiraannya tetapi pada masa yang sama, menjadi agak keliru memandangkan dia perlu memahami watak protagonis, dan kaji tentang perwatakannya.
Disebabkan Kitamura pernah bekerja dengan pengarah Tsukikawa Sho selama bertahun-tahun, dia sedar ini adalah cabaran untuk industri global. Jadi, Kitamura mengkaji Yu Yu Hakusho sekali lagi sambil menanam niat dalam hati untuk sama-sama mencabar pasaran global bersama pengarah menggunakan peluang yang diberikan oleh Netflix.

Bagi Go Ayano, dia juga tidak percaya peranan ini ditawarkan kepadanya. Selepas mula membuat debut pada kira-kira 30 tahun yang lalu, dia anggap bahawa teknologi akhirnya cukup canggih untuk mencipta visual seperti aniime dan dapat menjadikannya sebagai filem aksi langsung. Dia turut dapat merasakan semangat pengarah dan semua orang yang merealisasikan siri ini ke platform baru walaupun cabarannya sangat besar.
Ayano berkata:
Kita telah membuat keputusan ini dan cuba bekerjasama untuk mencabar diri sendiri dalam dunia global ini dengan IP manga yang hebat.
Menjaga Ketulenan Watak

Bagi mana-mana peminat tegar, salah satu elemen paling menarik tentang Yu Yu Hakusho ialah pembangunan watak-watak dan interaksi mereka yang dinamik. Untuk mencapai keseimbangan antara perwatakan original dan juga menambah keunikan sendiri, kami bertanya apakah kajian masing-masing.
Kitamura pernah membaca manga ini semasa muda, dan dia melakukannya sekali lagi untuk memahami Yusuke. Dia cuba menghormati simber original, dan melihat beberapa elemen yang penting. Sebagai contoh, dia berkata:

Contohnya, Yusuke, cara dia berjalan, dan berapa banyak langkah yang dia ada. Elemen fizikal itu, saya dapat belajar dari manga dan pada masa yang sama, dari animasi, ada tahap suara tertentu yang dia bercakap.
Jadi, unsur-unsur fizikal boleh dipelajari daripada manga dan anime, yang memberi beberapa petunjuk tentang cara watak itu berkelakuan. Ini adalah beberapa elemen yang peminat Yu Yu Hakusho tahu, lalu menjadi beberapa elemen yang boleh Kitamura pelajari. Pada masa yang sama, apabila membuat filem aksi langsung, bebererapa unsur-unsur tertentu turut boleh diperoleh semasa penggambaran.

Bersama barisan pelakon utama dan suasana penggambaran yang dihasilkan semasa bertarung, itu adalah unsur-unsur yang benar-benar unik semasa kami melakukan penggambaran. Sudah tentu, bersama dengan pelakon-pelakon hebat, semua orang dapat menyatukan idea dan cuba bekerjasama untuk mencipta sesuatu yang lebih baik. Di situlah keajaibannya kami membuat filem aksi langsung.

Go Ayano menyambung bahawa ramai orang dalam pasukan produksi cuba menjayakan adaptasi ini, termasuk kostum, solek dan banyak lagi. Itulah unsur-unsur yang benar-benar mencipta dunia Yu Yu Hakusho ini.
“Tetapi saya rasa apa yang paling penting ialah imej yang ada dalam fikiran kita. Sudah tentu, terdapat teknologi seperti CG atau VFX, tetapi pada masa yang sama, sangat penting bagi kita semua untuk mencipta sesuatu yang sangat analog melalui komunikasi, faktanya kerana kita berada di tempat penggambaran.”
Menjelmakan Adik-Beradik Toguro

Soalan khas untuk Go Ayano. Melihat Younger Toguro dan Elder Toguro Tua (yang dimainkan oleh Kenichi Takito) di atas skrin terasa agak surreal. Seorang berbadan besar seperti bodybuilder manakala seorang lagi kecil seperti parasit. Mengabunggkan kedua-duanya bersama memerlukan banyak usaha CGI dan VFX dan sejujurnya, hasilnya agak memuaskan.

Untuk menjelaskan proses penciptaan, Ayano mula-mula menjelaskan bahawa dia dan Kenichi-san mempunyai ketinggian yang sama. Walau bagaimanapun, di atas skrin, ia kelihatan sangat berbeza. Untuk mencapai perbezaan yang diperlukan, banyak rujukan perlu dibuat semasa penggambaran. Sebagai contoh, seseorang akan berdiri di sebelah saya supaya mereka boleh merujuk kepada saiz.

Di sini, terdapat banyak elemen analog yang digunakan semasa proses penggambaran untuk mencipta apa yang anda bakal lihat.
Saya, sudah tentu, perlu melakukan banyak latihan dalam beberapa bulan bukan sahaja untuk penampilan malah untuk mencari beberapa elemen, “kesakitan” dalam badan saya.
Ini dilakukan bukan sekali , tetapi berulang melalui proses membina badan dan kerja keras yang saya percaya adalah elemen penting untuk melakonkan watak ini.
Dia juga menjelaskan mengapa Younger Toguro sentiasa memakai cermin mata hitam: kerana matanya seperti yokai. Hanya segelintir daripada dirinya masih kekal sebagai manusia, dan itulah cara Ayano cuba mentafsirkan watak tersebut.
Ayano turut menambah bahawa teknologi CG perlu seiring dengan persembahan pelakon. CG tidak dapat menyelesaikan segala-galanya, dan amat penting untuk mereka sentiasa fokus semasa melakonkan setiap watak.

Ada Spirit Gun dan Spirit Sword, tetapi ia mesti sangat realistik, dan saya rasa walaupun kita mempunyai teknologi yang menyokong kita, kita perlu sentiasa ingat bahawa CG bukanlah jawapan kepada segala-galanya.
Kami perlu memastikan bahawa terdapat bahagian persembahan—bahagian pelakon—yang amat penting, dan saya rasa elemen untuk memastikan teknologi dan persembahan wujud bersama sepanjang cerita ini adalah sesuatu yang Takumi dapat lakukan, dan saya amat menghormatinya kerana itu.
Minat Versi Original Atau Tidak?

Soalan paling penting kepada semua peminat anime, adakah Takumi Kitamura dan Go Ayano menyukai manga dan anime Yu Yu Hakusho?
Kitamura menjawab ya. Dia menjadi peminat sejak kecil lagi, lagi-lagi kerana dia berasal dari Nerima Ward yang amat menyukai budaya anime. Dia suka manganya, dan antara semua anime dan manga lain, dia mengakui Yu Yu Hakusho mempunyai impak yang besar sepanjang sejarah manga.

Ayano juga menjawa ya, dan telah menjadi peminat besar sejak dahulu lagi. Malah, dia berkata bahawa dirinya betul-betul berada di generasi di mana Yu Yu Hakusho sangat popular.
Semasa membesar di kawasan pinggir bandar, kami pernah bergurau seperti memakai Spirit Gun atau Spirit Sword, tetapi saya tidak pernah membayangkan bahawa apabila dewasa, saya akan berlakon sebagai Toguro.
Antara perkara yang menarik Ayano ke manga ini adalah jalan cerita, yang memberitahu tentang setiap watak dan kepelbagaian masing-masing. Mereka sebenarnya bukan satu kumpulan, tetapi mereka adalah individu yang berbeza dan setiap satu mempunyai ciri masing-masing.
Remaja Delinkuen Yang Tegakkan Keadilan

Kembali ke bintang utama, kami bertanya kepada Kitamura; apakah cabaran untuk berlakon sebagai pelajar sekolah menengah, sedangkan umurnya lebih tua daripada itu?
Pertama sekali, Kitamura ingin menjelaskan tentang perbezaan umur dalam sumber original dan adaptasi live-action. Dalam original, Yusuke bermula di sekolah menengah rendah manakala live-action bermula apabila dia sudah di sekolah menengah atas.

Selepas menjelaskan perbezaan itu, barulah Kitamura memberi jawapan sebenar. Sebagai pelakon, dia cukup biasa dengan watak muda seperti budak sekolah atau yankee (delinkuen/budak nakal). Watak seperti itu, dia cukup kenal. Tetapi benar ia mengambil masa kira-kira 2 hingga 2 ½ tahun setengah sehingga penggambaran bermula, yang bermakna ada perbezaan umur dua tahun.

Jadi saya cuba sedaya upaya untuk memastikan rakyat tidak akan merasakan jurang 2 tahun. Pada masa yang sama, saya benar-benar mencuba untuk melakonkan adegan aksi sepenuh hati.
Mesej Terakhir Kepada Penonton

Sebelum menamatkan temu ramah, kedua-dua pelakon meninggalkan mesej kepada para peminat dan penonton. Ayano mula berucap dan berkata:
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana menonton cerita aksi langsung ini.
Kitamura pun menyambung:
Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana memang agak sukar untuk membawa IP Jepun ke pasaran dunia. Dengan adanya Netflix untuk kami menunjukkan anime Jepun ini sangat mengujakan, dan kami semua merasakan ini adalah misi untuk menyampaikannya ke seluruh dunia.

Maka, tamatlah interviu ini bersama Takumi Kitamura dan Go Ayano tentang Netflix Yu Yu Hakusho. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pelakon kerana sudi menjawab soalan kami.
Bagi mereka yang berminat, Netflix Yu Yu Hakusho rasmi akan ditayangkan di Malaysia mulai hari Khamis, 14 Disember 2023. Anda juga boleh baca review dan pendapat penuih kami tentang adaptasi live-action di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post