Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari “Hentai” di Google

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Tempatan
0 0
0
Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari “Hentai” di Google
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan teknologi kini semakin canggih di seluruh dunia, ia juga menjadi semakin mudah untuk netizen mengakses kandungan yang tidak patut atau tidak bermoral di internet. Apa yang lebih mengejutkan ialah Malaysia merupakan negara ke-3 tertinggi yang mencari kandungan “Hentai” di Google.

Menurut Wanuxi, sebuah kajian telah dilakukan di Google Trends di mana mereka ingin melihat populariti perkataan “Hentai” sejak tahun 2004 dan negara manakah yang paling kerap mencari kandungannya di internet. Tanpa diduga, Malaysia sebenarnya berada di tempat ketiga antara semua negara di seluruh! Tempat pertama jatuh kepada Filipina manakala tempat kedua dipegang oleh Vietnam.

Berikut adalah screenshot:

Jika dikaji dengan lebih teliti, anda juga boleh melihat negeri mana yang membuat carian “Hentai” paling banyak di Malaysia dan perkataan apa yang dicari oleh mereka. Keputusan bagi negeri boleh dilihat di SINI. Topik ini agak sukar untuk dibincangkan jadi saya tidak akan menyentuh atau menyebut nama mana-mana pihak, di mana anda boleh melihat keputusan dengan mata sendiri. Cuma, ia menunjukkan keadaan semasa di Malaysia dan apa yang “diminati” oleh netizen.

Bagi mereka yang tidak tahu atau kurang faham, Hentai merupakan anime atau manga bergenre lucah. Ia menjadi begitu terkenal di seluruh dunia sehingga ada yang mengambil peluang untuk menghasilkan produk-produk seperti bantal, pakaian dan peralatan lain bertemakan “hentai”. Selain itu, perkataan hentai sebenarnya membawa maksud “perubahan” atau metamorfosis.

Mengapa perubahan? Di sini ia merujuk kepada manga Jepun yang bertukar konsep kepada lebih nakal. Namun pada era pemerintahan Meiji, perkataan hentai sebenarnya bermaksud sifat yang tidak biasa atau tidak normal, termasuk kemampuan paranormal dan gangguan psikologi.

Best Ecchi Anime | 20 Top Ecchi Anime Movies / Series - Cinemaholic

Pada masa yang sama, ramai orang di internet pun mengatakan bahawa data dan analisis di Google Trend sangat tepat. Jadi ternyata kajian ini betul. Apa pendapat anda? Jom kongsikan dengan saya di ruang komen.

Sumber – Google Trends, Wanuxi, Wiki

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hentaiMalaysia
Previous Post

[Review] Arcane Act 1 – Permulaan yang dramatik dan hebat!

Next Post

Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!

Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd