Tahun ini, banyak sahaja game baru yang mendapat banyak reaksi serta review negatif daripada ramai gamer. Kali ini, Payday 3 pula menjadi game terbaharu dengan banyak review negatif di Steam. Tidak sampai seminggu game itu dilancarkan, game tersebut telah mengutip lebih 19,723 komen negatif di laman Steam.

Sekuel yang dibangunkan oleh Starbreeze Studios dan Deep Silver itu sebenarnya antara game yang tinggi dalam senarai jualan di Steam. Walaupun begitu, ramai yang tidak berpuas hati mengenainya , lebih-lebih lagi dengan segala isu pada lobby, matchmaking yang lama dan pelbagai lagi.
Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian daripada pembangun sehingga CEO Starbreeze sendiri, Tobias Sjögren meminta maaf atas segala masalah yang dihadapi oleh pemain.
“Kami sangat kesal kerana infrastruktur tidak bertahan seperti yang dijangkakan, dan walaupun mustahil untuk bersedia untuk setiap senario – kami sepatutnya dapat melakukan dengan lebih baik. Kami bekerja tanpa jemu sehingga kami memulihkan semua perkhidmatan dan pemain boleh kembali merompak semula tanpa masalah!” kata CEO tersebut melalui X.
Seperti yang dinyatakan, ramai pemain yang tidak menyukai ciri “always online”, yang memerlukan pemain untuk sentiasa dalam talian untuk bermainnya. Tobias Sjögren turut menyatakan bahawa pasukan sedang mencari jalan untuk cuba masukkan mode offline yang sudah tentu memudahkan pemain yang bermain secara solo.
Sampai sekarang masih lagi ramai pemain yang tidak dapat untuk mainkan kerana menunggu matchmaking. Harap-harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pasukan pembangun.
Payday 3 kini tersedia di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Game Pass, Steam, Epic Game Store dan Microsoft Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post