Negara-negara jiran kita semakin mantap, seperti yang terbaru pemaju Bang Ideas Indonesia telah memperkenalkan permainan terbaru mereka Battle of Satria Dewa untuk telefon pintar anda! Battle of Satria Dewa adalah permainan bergenre MOBA 3v3 yang akan menyaksikan pemain bersaing dalam pertempuran hidup dan mati yang mendebarkan di mana mereka akan bertarung bermain sebagai pahlawan-pahlawan lagenda dari Mahabrata dalam usaha mencapai kemenangan!
Gunakan wira legenda dari Mahabharata sebagai wira anda! Dalam pertempuran antara hidup dan mati, nasib tidak akan banyak membantu anda. Kemenangan ada di tangan anda!
Permainan MOBA 3v3 yang mudah dan penuh aksi!

Battle of Satria Dewa akan melibatkan pemain dalam pertarungan 3v3 seperti yang dinyatakan di atas. Watak yang berinspirasikan Mahabharata dalam tafsiran moden. Pemain harus menguasai titik kawalan permainan untuk muncul sebagai pemenang dalam pertempuran mereka.
Pemaju Battle of Satria Dewa telah merancang kawalan permainan secara sederhana dan intuitif. Sistem permainan dua jari yang sederhana telah dikembangkan di mana pemain hanya perlu menggunakan butang di sebelah kiri di skrin telefon pintar untuk menggerakkan watak dan butang di sebelah kanan untuk serangan seperti yang kita nampak dalam permainan MOBA lain.

Persiapan akan menjadi komponen penting sebelum setiap pertempuran. Oleh itu, strategi betul dengan ahli pasukan yang lain sangat penting untuk mengalahkan lawan. Pemain akan mempunyai pilihan untuk mengubah kemahiran watak mereka agar sesuai dengan gaya mereka.
Battle of Satria Dewa juga akan membolehkan pemain menambah rakan mereka sehingga mereka dapat bekerjasama bahkan mendapat ganjaran istimewa.
Jadi itulah beberapa pekara yang dititikan dalam ciri-ciri permainan ini. Rasanya jika anda sememangnya pemain MOBA mungkin tiada masalah besar nanti untuk mencuba!

Dengan memberikan sentuhan moden kepada wira Sejarah Mahabharata, pemaju permainan ini telah berjaya menggabungkan pelbagai aspek dari masa lalu dan masa kini untuk memberikan pengalaman yang menghiburkan para pemain.
Mekanisme kawalan yang dipermudahkan adalah satu lagi sorotan besar yang menjanjikan pengalaman permainan mudah untuk pemula dan juga membantu menjadikan permainan lebih sesuai untuk sesi bermain yang panjang.

Versi akses awal Battle of Satria Dewa pada saat ini hanya tersedia untuk pengguna Android di Indonesia, yang dapat memuat turunnya dari Google Play. Pihak pemaju masih belum memberi sebarang perincian mengenai tarikh pelepasa global. Heish tak sabar nak mencuba game jiran kita ni!
@gamersantaimy
Discussion about this post