Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Mengganas sebagai Kaiju di GigaBash! Hasil studio Malaysia Passion Republic!

Asyik jadi hero je, kita jadi raksasa pula.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[TGS 2019] Mengganas sebagai Kaiju di GigaBash! Hasil studio Malaysia Passion Republic!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio tempatan Passion Republic asal Malaysia sedang membangunkan sebuah permainan kaiju arena brawler yang dikenali sebagai GigaBash untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC dan selain itu,menyertai senarai rasmi permainan video yang dipamerkan di Tokyo Game Show 2019. Sudah tentu kami cuba kawan-kawan! Arena brawler ini melihat kaiju dan wira bertarung di pelbagai lokasi eksotik di seluruh dunia dan dianggarkan untuk keluaran akhir tahun 2020.

Sehingga 4 pemain boleh bertarung dalam local multiplayer! Kawal pelbagai makhluk gergasi yang diilhamkan oleh filem-filem raksasa klasik dan buat huru-hara di persekitaran sekeliling dalam arena yang sepenuhnya interaktif. Manusia berfikir raksasa ini sudah tiada, dibunuh oleh para wira, tetapi raksasa tersebut berjaya bangkit semula kerana kekuatan misteri! Apakah asal usul mereka? Adakah mereka ada tujuan tertentu?

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Berubah menjadi S-Class: Dapatkan Giga Points saat bertarung. Kumpulkan cukup-cukup dan berevolusi menjadi monster S-Class terhebat!
  • Hancurkan segala-galanya, gunakan apa saja: Arena adalah taman permainan anda. Hancurkan bangunan atau baling pada raksasa lain!
  • Main bersama rakan: Kumpulkan 3 kawan lain untuk bertarung di satu skrin!

Kami melihat bagaimana kamu boleh berjalan di atas bangunan, dan mungkin pantulkan projektil. Siap ada kebolehan khas juga! Walaupun kaiju kamu dikalahkan, kamu masih boleh menembak laser. Ini hanya pre-alpha jadi banyak yang kita belum tahu, tetapi memang seronok! Agak mengejutkan, tetapi peta Borneo sebelum ini dirancang sebagai peta Malaysia. Sedikit gameplay di map tersebut.

Jika kamu perasan, setiap pemain mempunyai bar. Bar ini menunjukkan berapa banyak Giga Points yang kamu ada. Dapatkan Giga Points daripada menyerang orang lain dan memusnahkan bangunan. Lepaskan kuasa itu untuk menjadi lebih besar dan kuat, dan kamu akan menjadi kebal kepada apa-apa yang lebih kecil daripada kamu! Tetapi ini bermakna mereka yang berani cuba bertarung kamu akan mendapat dua kali ganda Giga Points, jadi berhati-hati!

Korang boleh tahu maklumat lanjut di laman rasmi Passion Republic.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GigabashMalaysiaPassion RepublicTokyo Game Show 2019
Previous Post

Vivo penaja utama PMCO 2019 FALL SPLIT membawa dunia gaming dengan pelancaran V17 Pro di Malaysia 1 Oktober ini!!

Next Post

[TGS 2019] Sword Art Online: Alicization Lycoris – Seperti anime cuma lebih banyak aksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[TGS 2019] Sword Art Online: Alicization Lycoris – Seperti anime cuma lebih banyak aksi!

[TGS 2019] Sword Art Online: Alicization Lycoris - Seperti anime cuma lebih banyak aksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd