Bagi mereka yang tidah tahu, siri Boruto: Naruto Next Generations memperkenalkan Puak Otsutsuki sebagai antagonis utama. Selepas banyak kontroversi dan soalan daripada peminat, akhirnya penulis dan artis di sebalik Boruto mendedahkan mengapa mereka membuat keputusan itu.

Asalnya diperkenalkan pada penghujung siri Naruto: Shippuden ciptaan Kishimoto Masashi, Naruto, Sasuke, dan Sakura terpaksa berhadapan dengan Otsutsuki Kaguya. Walaupun berjaya dikalahkan, ini bukan kali terakhir kita akan melihat Puak Otsutsuki kerana mereka turut muncul di siri Boruto—malah memainkan peranan besar dalam sekuel ini.
Ini mengundang beberapa kontroversi kerana beberapa peminat sebenarnya merindukan kisah yang ‘lebih masuk akal’ di mana musuh masih adalah manusia, dan kurang menyukai tema makhluk asing yang diperkenalkan.
Dalam temu bual bersama Konbini, Ikemoto Mikio (penulis dan artis Boruto) menjelaskan tentang peranan Puak Otsutsuki dan sebab sebenar mereka dibawa ke sekuel adalah kerana puak ini tidak mendapat banyak masa untuk diteroka dalam siri asal. Berterus terang, apabila Ikemoto cuba menghasilkan beberapa contoh antagonis berbeza, beliau merasakan mereka tidak mempunyai kesan yang sama seperti Puak Otsutsuki.

Bak kata Ikemoto Mikio:
“Dalam Naruto, asal usul watak ini tidak dijelaskan dengan jelas. Tetapi bagi saya, dalam kepala saya, dari awal: mereka adalah makhluk asing. Kishimoto membenarkan saya menjawab soalan ini, dan ia sesuai dengan cerita yang ingin saya sampaikan. Selepas Great Shinobi War, kami terpaksa menolak had alam semesta yang diketahui oleh pembaca Naruto demi mencari antagonis baharu. Kami melakukan ujian dengan watak manusia lain, tetapi hasilnya tidak meyakinkan.”
Namun, pilihan ini sebenarnya amat bijak kerana pengenalan Otsutsuki terbukti membuahkan hasil. Bukan sahaja memberikan ancaman paling besar dalam francais termasuk membunuh Kurama (a.k.a Musang Sembilan Ekor), pengenalan mereka juga telah meluaskan latar belakang dunia Naruto kerana chakra sebenarnya dicipta oleh puak tersebut.
Semoga jawapan ini dapat memuaskan hati anda semua.
@gamersantaimy
Discussion about this post