Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mencari game ‘free-2-play’ FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2023
in Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Mencari game ‘free-2-play’ FPS? Cuba game mecha Hawken Reborn, akan tiba di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 505 Games telah mengumumkan bahawa game free-to-play mecha first-person shooter “Hawken Reborn” akan dikeluarkan untuk PC secara Akses Awal melalui Steam pada 17 Mei. Buat mereka yang mencari game percuma dan berminat dengan genre shooter, korang boleh cuba game ini nanti bila ia dikeluarkan secara rasmi.

Sinopsis:

Selamat datang ke dunia Illal, sebuah planet yang pernah dianggap sebagai utopia masa depan manusia, tetapi kini bertukar menjadi distopia suram yang didorong oleh rasuah dan ketamakan korporat. Gejala terraforming (mengubah bentuk planet) haram telah meracuni atmosfera dan kemalangan yang dahsyat telah melahirkan “Giga”, wabak nanite yang memusnahkan separuh planet.

Jadi seorang juruterbang upahan, hadapi bahaya Illal bersama mecha anda, memperoleh kemasyhuran, kekayaan dan sumber untuk mencapai kebenaran di sebalik pembohongan.

Kredit: 505 Games

Walaupun free-2-play, game ini masih menawarkan banyak kandungan. Sebagai contoh, anda boleh menyertai peperangan mecha dan mempelajari lebih lanjut tentang dunia Hawken menerusi enam misi yang disediakan khas untuk kempen semasa. Manfaatkan mecha anda dan berjuang bersama watak baharu untuk memahami kisah yang tersembunyi jauh di dalam Illal.

Kredit: 505 Games

Selain itu, cuba Radio Mission untuk mendapatkan skrip dan sumber bagi menguatkan mecha anda. Namun, hati-hati kerana semakin lama anda berada di luar, musuh akan menjadi lebih keras. Dapatkan apa yang boleh dan kembali ke pangkalan – jika mecha anda jatuh, anda akan pulang ke Hangar tanpa apa-apa.

Dengan sumber ini, bina model mecha gred tentera (dikenali sebagai ‘Axes’) dengan rangka pelan dan sistem naik taraf serba baharu yang menampilkan pilihan power-up yang mendalam untuk senjata dan komponen utama.

Kredit: 505 Games

Buat masa ini, Hawken Reborn hanya akan dikeluarkan untuk PC secara Akses Awal melalui Steam pada 17 Mei. Saya tidak pasti jika mereka juga akan membangunkan versi konsol atau tidak pada masa hadapan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FPSfree-2-playHawken RebornmechaPCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun – peluang dapat laptop baru pada harga RM999!

Next Post

PUBG memperkenalkan sistem “Recall”, tapi seakan sama macam Apex Legends

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
PUBG memperkenalkan sistem “Recall”, tapi seakan sama macam Apex Legends

PUBG memperkenalkan sistem "Recall", tapi seakan sama macam Apex Legends

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd