Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Memperkenalkan MARVEL SNAP, game kad free-to-play baru untuk Mobile & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2022 - Updated on May 24, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Mobile, PC
0 0
0
Memperkenalkan MARVEL SNAP, game kad free-to-play baru untuk Mobile & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Nuverse dan Second Dinner hari ini mengumumkan MARVEL SNAP, permainan kad digital free-to-play terbaru yang melancarkan seluruh multiverse Marvel sesama sendiri!

Dalam MARVEL SNAP, pemain akan mengumpulkan pasukan impian Marvel daripada senarai wira dan penjahat yang besar, serta mengumpul pelbagai varian seni kad untuk mengalami suasana “collectible card game”(CCG) ala-ala Pokemon dan Yu-Gi-Oh. Setiap kad superhero dan supervillain menampilkan varian artistik yang berbeza; contohnya, kad untuk Lizard mempunyai varian seni piksel, varian yang menampilkan seni ikonik daripada buku komik dan varian yang menampilkan seni unik untuk game khususnya.

Kita pun tidak perlu menunggu lama dalam MARVEL SNAP kerana setiap perlawanan berlangsung selama purata tiga minit+. Setiap perlawanan akan dimainkan di tiga lokasi, contohnya Hellfire Club, Wakanda dan Hala, di mana beberapa modifier diletakkan pada setiap lokasi. Untuk menang, pemain perlu “menakluk” dua daripada tiga lokasi tersebut dengan membuktikan dek kita lebih hebat.

Game ini akan menampilkan “lebih daripada 150 kad asas” semasa pelancaran, di mana lebih banyak kad dan kandungan akan dikeluarkan “setiap bulan semasa musim baru dilancarkan.” Setiap watak akan dianimasikan dengan kesan visual 3D yang menyerlahkan abiliti serta kebolehan mereka manakala sesetengah kad mempunyai audio di mana watak akan bercakap dialog ikonik masing-masing.

Memandangkan ini game free-to-play, MARVEL SNAP pasti ada mikrotransaksi tetapi pihak developer memberitahu secara jelas bahawa pemain boleh mengumpul setiap kad tanpa melakukn sebarang pembayaran duit sebenar.

Semasa pelancaran fasa beta (tidak tersedia di Malaysia), game ini hanya akan tersedia pada peranti mobile sahaja. Tetapi pihak developer akan mengeluarkan versi akses awal untuk PC pada masa yang sama dengan pelancaran rasmi mobile.

Marvel Snap sedang dibangunkan untuk mobile dan PC.

Sumber – Marvel

Pre-register sekarang!
Marvel Snap
Publisher: MARVEL
Developer: Second Dinner
Release Date: 2022-10-18
Announce Date: 2022-05-20
Android, iOS, Steam
Dalam MARVEL SNAP, pemain akan mengumpulkan pasukan impian Marvel daripada senarai wira dan penjahat yang besar, serta mengumpul pelbagai varian seni kad untuk mengalami suasana “collectible card game”(CCG).
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KadMARVEL SNAPMobilePC
Previous Post

eFootball 2022 mobile akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun 2022!

Next Post

Genshin Impact 2.7 akan hadir pada 31 Mei, versi 2.8 pula menyusul Julai nanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact 2.7 akan hadir pada 31 Mei, versi 2.8 pula menyusul Julai nanti!

Genshin Impact 2.7 akan hadir pada 31 Mei, versi 2.8 pula menyusul Julai nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd