Baru-baru ini, pemaju Krafton mendedahkan mereka akan memulakan projek animasi untuk PUBG yang dihasilkan oleh kerjasama Adi Shankar. Terbaru, dengan makin tahun makin hypenya versi mobile permainan battle royale terkenal ini, Huawen Picture Group dari China telah memanfaatkan kepopurati ini dengan Biubiubiu sebuah filem aksi dengan pemain esports streamer yang bergelut dengan kehidupan.
Terinspirasi oleh gelaran besar PUBG, seorang pemain juga streamer membentuk pasukan Esports yang berjaya dengan rakan-rakan lama untuk memenangi kejohanan dalam usaha dapat mendekati anaknya semula. Apa yang menarik tentang Biubiubiu adalah cara filem menggambarkan aksi dalam permainan. Daripada hanya bergantung pada CGI, adegan permainan fiksyen dinyatakan melalui urutan aksi langsung yang memberikan unsur realisme yang menarik.
Here's the official poster, which uh, might be infringing on copyright? Who knows tbh.
But PUBG (PC) and Peacekeeper Elite (Mobile) are extremely popular in China and it's not surprising to see a movie like this be made.
It's releasing August 6 on Youku (Chinese only) pic.twitter.com/bfmKb0JCKe
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) July 24, 2021
Saksikan trailernya di bawah;
https://www.youtube.com/watch?v=5tuGqo4S0qU&
Menurut Daniel Ahmad, filem ini dijual sebagai “filem esports battle royale pertama” dan filem ini adalah mengenai “down and out streamer” yang membentuk pasukan esports bersama rakan-rakan lama. Juga, nampaknya, filem ini merangkumi pertempuran hak penjagaan terhadap seorang kanak-kanak juga, atas sebab tertentu. Jadi kita boleh nampak diantara moral cerita ini dan sememangnya ia juga memberi tampilan bahawa esports dan gaming bukan hanya difokuskan kepada golongan yang lebih muda.
Dalam trailer itu, anda dapat melihat bagaimana filem ini menangani aksi seperti di permainan video. Daripada menggunakan animasi CGI atau mesin dalam permainan untuk bahagian-bahagian ini, filem ini bergantung pada urutan aksi langsung bertujuan untuk menggambarkan permainan yang berlaku semasa kejohanan esports. Dan aksi yang dilihat dalam bahagian filem ini nampaknya memang padu!
Tidak mustahil untuk mengabaikan filem ini kerana ia kelihatan sangat menyerupai PUBG, yang tidak menghairankan mengingati betapa popularnya permainan ini di China dengan nama Peacekeeper Elite dan PUBG Mobile di seluruh dunia. Walaupun jelas buat masa ini filem ini tidak berkaitan dengan PUBG atau Peacekeeper Elite atau seumpamanya, tetapi berdasarkan poster ini, memang boleh katakan sangat jelas di mana para pencipta filem ini menarik inspirasi battle royale ke realiti.
Biubiubiu dilancarkan secara eksklusif di China pada 6 Ogos melalui perkhidmatan hosting video Youku.
@gamersantaimy
Discussion about this post