Sempena hari terakhir di Jepun, kami bernasib baik untuk melawat kedai Toy Sapiens di Shibuya yang mengadakan kolaborasi khas antara Hot Toys dan Netflix One Piece! Daripada figura hingga ke baju, macam-macam barang dijual atau diletakkan sebagai pameran bagi peminat lihat. Bagaimana pengalaman kami? Teruskan membaca!

Toy Sapiens ialah kedai flagship Hot Toys dan menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti tinggi termasuk figura-figura watak popular daripada pelbagai francais seperti Star Wars, Marvel, DC dan banyak lagi. Dengan pelancaran siri aksi langsung One Piece Netflix, krew Straw Hat telah tiba di kedai itu buat masa yang terhad!
Kolaborasi ini dinamakan sebagai “SHIBUYA GRAND LINE STORE” dan akan diadakan untuk masa terhad bermula dari 2 September hingga 15 Oktober.
Dalam tempoh ini, kedai akan mempamerkan pakaian yang digunakan semasa produksi siri aksi langsung, menjual barangan yang berkaitan dengan siri aksi langsung dan menampilkan tempat foto, untuk membolehkan pelawat menikmati pemandangan dunia versi aksi langsung One Piece. Selain potongan kadbod bersaiz sebenar geng Straw Hat, kedai itu juga dihiasi dengan hiasan One Piece!
Kostum
Kostum Buggy, Dracule Mihawk, Arlong, Alvida, Morgan, dan Gold Roger, yang digunakan dalam penggambaran siri Netflix One Piece kini berada di Jepun. Ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk peminat melihat setiap kostum secara dekat!
Tempat bergambar Wanted Poster

Tempat bergambar yang mencipta semula dunia One PIece, termasuk panel yang menunjukkan poster muka, akan dipamerkan! Selain itu, nama pada poster Wanted boleh ditukar secara bebas, jadi anda boleh mencipta semula poster Wanted anda sendiri untuk dipaparkan bersama Luffy, Buggy, Arlong dan Dracule Mihawk!
Shibuya Grand Line Store
Bagi tarikan utama untuk keseluruhan acara “SHIBUYA GRAND LINE STORE”, ada banyak merchandise dari figura hingga ke alat tulis! Produk baharu daripada versi aksi langsung One Piece turut dijual dan termasuk:
- Figura Hot Toys “Cosbaby” (4,500JPY [anggaran RM143.04])

- Baju Hot Toys (5,000JPY – 7,500JPY [anggaran RM158.94 – RM238.41])
- Light box Netflx One Piece (8,000JPY [anggaran RM254.30])

- Siri Meta Keshi (700JPY [anggaran RM22.25])
- Siri Super Clear (1,000JPY [RM31.79])
- Alat tulis yang boleh dikumpul seperti pelekat (600JPY [anggaram RM19.07]), magnet (800JPY [anggaran RM25.43]), rantai kunci (1,000JPY [anggaran RM31.79]), poskad (1,000JPY [anggaran RM31.79]), buku nota (1,200JPY [anggaran RM38.15]) dan fail jelas (600JPY [anggaran RM38.15]) juga tersedia.
- Di samping itu, prototaip figura Hot Toys skala 1/6 untuk Luffy dan Zoro versi aksi langsung (45,000JPY [setiap satu anggaran 1,430.45 ), juga akan dipaparkan buat kali pertama di Jepun.
Jika anda peminat One Piece dan kebetulan berada di Jepun sekarang, jangan lupa untuk singgah sekarang! Acara kolaborasi ini hanya akan diadakan buat masa terhad dari 2 September hingga 15 Oktober, jadi jom lawat Toy Sapiens di Shibuya jika ada peluang!
Baca segala liputan kami tentang Netflix One Piece di SINI – yang kini ditayangkan secara eksklusif di Netflix!
(Kadar pertukaran wang berdasarkan data setakat 2 September 2023)
@gamersantaimy
Discussion about this post