Sebuah permainan yang sangat menarik yang baru hadir di platform mobile anda semua bakal menggegarkan dunia kerana permainan ini yang diberi nama Megabot Battle Arena merupakan permainan aksi tindakan pantas yang dihasilkan oleh anak tempatan kita iaitu O.P.Neon Games Studio!
Permainan ini penuh dengan aksi dengan pilihan robot anda sendiri. Dan yang lebih menarik perhatian, permainan ini membenarkan anda beraksi dengan robot yang boleh dikustom! Lebih tertarik apabila lebih dari 50,000,000 kombinasi untuk anda gunakan untuk mencipta robot anda!
Megabot Battle Arena adalah permainan pertempuran robot di mana pemain dapat membina robot yang hebat, menyesuaikannya dan melawan pemain lain. Matlamat saya untuk mencipta permainan ini adalah untuk membuat pengalaman mencipta robot dan berjuang untuk semua orang. Permainan ini adalah gabungan Crash Arena Turbo Star, Battlebots dan Mecha. Apa yang menjadikan permainan ini unik ialah pemain boleh membina robot dengan banyak gabungan, mengawalnya dan bertarung di arena pertempuran. Reka bentuk robot dan kemahiran memandu akan menentukan hasil pertempuran.
-Ding Shen, pengasas O.P.Neon Games Studio
Jadi apa lagi ciri-ciri yang ada dalam permainan ini? Anda boleh lihat dibawah:
- Matlamat setiap pusingan multiplayer adalah untuk memusnahkan bot pejuang lawan anda dengan cara yang diperlukan. Memasuki perlawanan dikatakan cepat dan mudah, dengan permainan yang memadankan anda dengan lawan yang setaraf dalam beberapa saat.
- Setelah anda berada didalam pertempuran yang hangat ini, anda perlu menggunakan manuver evasive dan taktik inventif untuk mengalahkan lawan anda dan merebut kemenangan. Perlawanan kelihatan cepat dan ganas, dengan banyak tindakan mengelak serta serangan balas.
- Perlawanan jelas berasaskan kemahiran, walaupun anda tentu saja boleh memberi diri anda kelebihan yang cukup besar dengan bijak menyesuaikan reka bentuk robot anda untuk kecekapan maksimum. Anda boleh kustom bahagian yang berbeza mengikut ciptaan anda dan juga menyesuaikan warna dan pandangan robot. Bahagian dan senjata baru boleh dibuka dengan mendapat persaingan dan kemenangan dalam perlawanan kejohanan “Mod Championship”.
- Mod Championship terdapat 23 peringkat dan terdapat lebih dari 80 bahagian robot dan senjata untuk dikumpulkan. Jadi, Megabot Battle Arena pasti akan memuaskan masa lapang anda!
Megabot Battle Arena kini dibuka untuk pra-pendaftaran secara global tetapi pemain di Malaysia, Filipina dan Greece kini boleh menikmati sendiri perlawanan sengit permainan ini dengan memuat turunya di Google Play kerana pelancaran lembutnya telah bermula minggu lalu.
Maka jangan tunggu lama-lama dan sokong permainan anak tempatan kita ini dan cipta robot anda sebelum ke medan perang!

Megabot Battle Arena merupakan permainan perlawanan aksi tindakan pantas yang juga membenarkan pemain mereka cipta robot mereka sendiri!
@gamersantaimy
Discussion about this post