Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mega Man Battle Network Legacy Collection Preview [TGS 2022] — Kekal Hebat Dengan Penambahbaikan Baru!

Maira by Maira
September 16, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, Preview, PS4, Steam
0 0
0
Mega Man Battle Network Legacy Collection Preview [TGS 2022] — Kekal Hebat Dengan Penambahbaikan Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam Capcom telah mendedahkan beberapa perkara baru mengenai koleksi game terbaru mereka iaitu Mega Man Battle Network Legacy Collection. Seperti liputan Tokyo Game Show 2022 yang lain, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba game ini. Teringin juga ingin tahu, segala ciri yang telah diperkenalkan. Lebih-lebih lagi dengan grafiknya yang telah diperbaharui. Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan secara ringkas untuk preview Mega Man Battle Network Legacy Collection.

Buka sahaja game, anda akan disapa oleh Mega Man.EXE seperti dalam PET (Personal Terminal) milik Hikari Lan. Tetapi berbanding 2D, Mega Man.EXE hadir dalam bentuk 3D. Dia jugalah yang akan membawa anda ke semua skrin dalam game seperti tajuk game, galeri dan macam-macam lagi! Oh ya, dia juga mempunyai suara. Jadi tidaklah sunyi semasa berada di menu. Anda juga boleh berinteraksi dengannya dengan menekan model tersebut.

Dalam koleksi ini terdapat 10 game daripada siri Mega Man.EXE. Kami hanya sempat mencuba empat game iaitu Mega Man Battle Network 1, Mega Man Battle Network 2, Mega Man Battle Network 3 Blue dan Mega Man Battle Network 3 White. Kalau nak bercerita tentang gameplay-nya, ia tidak berubah. Senang cerita ia masih mempunyai sistem serta gameplay daripada game original. Ini sudah cukup bagus untuk peminat-peminat lama untuk kembali semula ke siri dan bermainnya pada platform gaming yang baru.

Tetapi kalau ada sesuatu yang ketara pada game, ianya grafik yang digunakan. Ia kini hadir dengan grafik yang lebih halus berbanding versi GBA yang berkotak. Tidaklah begitu berat mata memandangnya. Tetapi terdapat juga pilihan untuk anda gunakan grafik yang original. Jadi kalau anda yang sukakan grafik lama GBA, tukar sahaja di tetapan. Selain itu, paparan game boleh diubah. Kalau anda ingin main dalam skrin kecil tidak menjadi masalah. Yang pasti ia layout skrin tersebut boleh memenuhi skrin anda dengan padan sekali. Border untuk game juga boleh ditukar. Ada 10 reka bentuk kesemuanya!

Disebabkan ciri dalam talian masih lagi dalam pembangunan, kami tidak dapat mencubanya. Terpaksalah kita menunggu kema kini baru nanti apabila ciri ini sudah siap. Itu sahaja yang kami boleh sampaikan kepada anda. Game ini akan tersedia pada tahun 2023 di PS4, Switch dan Steam. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mega ManMega Man Battle Network Legacy CollectionPreviewTGS 2022
Previous Post

Uncharted: Legacy of Thieves Collection Akan Tiba di PC Pada 19 Oktober!

Next Post

Preview MH Rise: Sunbreak melawan Flaming Espinas di TGS 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Next Post
Preview MH Rise: Sunbreak melawan Flaming Espinas di TGS 2022!

Preview MH Rise: Sunbreak melawan Flaming Espinas di TGS 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd