Anda ingin main Meet Your Maker secara percuma? Berita baiknya, Meet Your Maker akan tersedia pada hari pertama pelancaran untuk kesemua pelanggan PlayStation Plus sebagai kandungan game untuk April 2023. Ianya akan dapat dimainkan pada 4 April ini. Berikut adalah trailer terbaru untuk game tersebut.
Kalau anda ingin tahu, Meet Your Maker merupakan game terbaru daripada pembangun Dead by Daylight — Behaviour Interactive. Studio itu turut mengumumkan versi “Deluxe Edition” untuk game tersebut. Anda yang inginkannya, boleh pre-order Deluxe Edition sekarang melalui Steam, yang kini berharga RM 79.20. Berikut adalah item yang anda boleh dapatkan dalam Deluxe Edition:
- Salinan game Meet Your Maker
- Scorched Necropolis Deco Pack
- 2 Blocks (setiap satu tersedia dalam 3 bentuk)
- Limestone
- Golden Age
- 2 Props
- Winged Molding
- Temple Light
- 1 Animated Prop
- Spinning Enigma
- 8 Decals
- 1 Scorched Necropolis Weapon Skin: Sunclaw
- 2 Scorched Necropolis Custodian Skin: Desert Cyclops dan Gilded Warrior

Tentang Meet Your Maker
Ia merupakan game first person yang tertumpu pada build dan raid di mana setiap level direka oleh pemain. Anda boleh tukar peranan tidak kiralah sebagai pembina yang meletakkan pelbagai halangan ataupun jadi raider yang menyerbu tempat pemain lain.

Bina sebuah Outpost atau maze yang penuh dengan perangkap maut untuk menghapuskan atau membunuh pemain yang menceroboh. Gabungkan kesemua blok, perangkap dan penjaga. Anda boleh lihat bagaimana ia berfungsi menggunakan AI. Jangan lupa pula untuk kongsikannya dan lihat pemain lain cuba keluar daripada tempat tersebut.

Anda juga boleh melawat Outpost yang dihasilkan oleh pemain lain. Pakai segala kelengkapan untuk keluar daripada tempat itu dengan selamat. Pilih senjata yang pelbagai, perk dan item untuk cabar musuh atau sesuaikannya dengan gaya bermain anda. Terokai strategi baru dengan setiap kematian. Kuasai setiap Outpost yang menghalang laluan anda.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Gamer Santai sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post