Pembangun Dead by Daylight, Behaviour Interactive telah mengumumkan game terbaru iaitu Meet Your Maker. Kalau ditengok pada trailer, ia seperti game Rust digabung pula dengan Mario Maker. Tidak percaya? Anda boleh lihat video trailer-nya di bawah. Meet Your Maker akan dilancarkan pada tahun 2023 di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam.
Tentang Meet Your Maker
Ia merupakan game first person yang tertumpu pada build dan raid di mana setiap level direka oleh pemain. Anda boleh tukar peranan tidak kiralah sebagai pembina yang meletakkan pelbagai halangan ataupun jadi raider yang menyerbu tempat pemain lain.

Bina sebuah Outpost atau maze yang penuh dengan perangkap maut untuk menghapuskan atau membunuh pemain yang menceroboh. Gabungkan kesemua blok, perangkap dan penjaga. Anda boleh lihat bagaiman ia berfungsi menggunakan AI. Jangan lupa pula untuk kongsikannya dan lihat bagaiman pemain lain cuba keluar daripada tempat tersebut.

Anda juga boleh melawat Outpost yang dibuat oleh pemain lain. Pakai segala kelengkapan untuk keluar daripada tempat itu dengan selamat. Pilih senjata yang pelbagai, perk dan item untuk cabar musuh atau sesuaikannya dengan gaya bermain anda. Terokai strategi baru dengan setiap kematian. Kuasai setiap Outpost yang menghalang laluan anda.

Kalau bosan bina seorang diri, boleh ajak kawan-kawan yang lain untuk sertai anda. Mesti pelbagai idea pelik dan hebat akan keluar nanti. Anda juga boleh co-op dalam mengalahkan Outpost pemain lain.
Menarikkan game ini? Anda boleh daftarkan diri untuk playtest tertutup di PC untuk game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post