Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato Movie Dedahkan Trailer Terakhir Dan Poster Baru! Bakal Hadir ke Pawagam Disember Ini!

Maira by Maira
November 8, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Mechamato Movie Dedahkan Trailer Terakhir Dan Poster Baru! Bakal Hadir ke Pawagam Disember Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan hanya berbaki sebulan sahaja lagi, Animonsta telah mengeluarkan trailer terakhir untuk filem animasi mereka iaitu Mechamato Movie! Bukan setakat itu sahaja, poster filem terbaru juga telah didedahkan. Anda boleh menonton trailer baru itu di bawah:

Kalau anda ingin tahu, ini merupakan filem pertama untuk siri Mechamato yang telah ditayangkan di pelbagai platform penstriman dan saluran TV. Malah ia juga merupakan filem ketiga yang dihasilkan oleh Animonsta selepas keluaran filem BoBoiBoy The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.

Untuk pengetahuan anda, Mechamato merupakan prekuel kepada siri BoBoiboy (BBB), di mana cerita berpusatkan kepada Amato, iaitu bapa kepada BoBoiBoy, ketika dia masih muda. Dalam filem BBB Movie 2, kita telah diperkenalkan dengan Amato malah episod pertama versi baru juga telah menunjukkan Amato yang menghantar BBB di stesen kereta api.

Mechamato movie

Dalam filem terbaru ini, kita akan melihat bagaimana Amato dan Mechabot berusaha menentang Jeneral Grakakus yang datang membuat huru-hara di Bandar Hilir semata-mata untuk mendapatkan Mechabot. Amato juga dilihat berlatih silat dalam filem ini. Tidak dilupakan juga dengan Maskmana yang telah muncul dalam siri BoBoiBoy! Kalau nak tahu apa yang terjadi nanti, kenalah tontonnya di pawagam nanti.

Mechamato Movie akan ditayangkan pada 8 Disember ini di pawagam Malaysia! Anda bolehlah ajak kawan-kawan yang lain untuk sokong filem animasi tempatan ini! Kalau yang belum menonton sirinya, boleh pergi ke Youtube rasmi untuk menontonnya secara percuma! Episod baru akan dikeluarkan pada setiap minggu!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AnimonstaMechamatoMechamato Movie
Previous Post

[Review] HyperX Armada 25 – Monitor “All-in-one” jadi peneman bermain game FPS!

Next Post

Razer lancarkan Restorify, sebuah platform untuk karbon yang boleh dikesan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Razer lancarkan Restorify, sebuah platform untuk karbon yang boleh dikesan!

Razer lancarkan Restorify, sebuah platform untuk karbon yang boleh dikesan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd