Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), peneraju ekonomi digital, hari ini secara rasmi telah melancarkan Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF).

Buat julung kalinya, acara secara maya ini telah menggabungkan inisiatif animasi Kre8tif! dengan persidangan permainan video LEVEL UP KL di bawah satu festival. Dibahagikan kepada dua bahagian, MYDCF akan dimulai dengan Persidangan Perniagaan & Rangkaian, dijadualkan berlangsung sepanjang September. Acara ini menyasarkan kepada profesional dalam industri kandungan kreatif digital.

Pada November, akan menyaksikan penganjuran Ekspo Gamified iaitu acara menarik yang terbuka kepada orang awam untuk mempamerkan tawaran kandungan kreatif digital terbaik di rantau ini.

“Dengan pasaran global bernilai US$432 bilion pada 2020, industri kandungan kreatif digital memainkan peranan penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Pada tahun lalu, terdapat pelbagai program utama oleh kerajaan Malaysia dan MDEC untuk menyokong industri kreatif semasa pandemik COVID-19 dan kemapanan penciptaan pekerjaan seperti PRISMA dan PENJANA.

“Pada masa yang sama, syarikat dalam industri teknologi telah memanfaatkan teknologi animasi dan permainan video untuk menambah baik perniagaan mereka untuk menjadi lebih berdaya saing. Ini telah mendorong pendapatan industri kreatif melonjak kepada RM7 bilion. MYDCF berperanan sebagai acara penting untuk memacu pembangunan dan kerjasama dalam industri, selain ia juga selaras dengan inisiatif Nadi Digital ASEAN MDEC iaitu untuk mempromosikan Malaysia sebagai gav kandungan kreatif digital,” kata Gopi Ganesalingam, Naib Presiden, Teknologi Ekosistem dan Globalisasi, MDEC.

MYDCF 2021 akan menyajikan pelbagai program untuk disertai profesional industri, termasuk Persidangan Industri, Program Rangkaian Perniagaan, SEA Game Jam, bengkel dan banyak lagi.

Acara terbaharu yang disenaraikan ialah LEVEL UP KL Indie Pitch, yang membolehkan pembangunan permainan pitch projek mereka kepada pelabur antarabangsa. Bagi industri animasi, Elevator Pitch berfungsi sebagai platform yang sama kepada studio animasi untuk mempersembahkan projek terbaharu kepada penyiar dan pelabur.

Tambahan terbaharu lain tahun ini termasuklah Blockchain Bootcamp, yang berperanan untuk berkongsi teknologi terbaharu dalam ekosistem permainan blockchain dan NFTs (Non-Fungible Tokens).

MYDCF akan menampilkan barisan tetamu yang terkemuka merangkumi persidangan LEVEL UP KL dan Kre8tif!. Mereka adalah:

  • Shuhei Yoshida, Ketua PlayStation Indies; bersama dengan John Eternal, Pengarah Akaun Global Global PlayStation.
  • Chris Charia dari Microsoft Xbox
  • Kamon Yoshimura, Ketua Pembangunan dan Hubungan Penerbit Asia Tenggara Nintendo
  • Christopher Bremble. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Base Media 
  • Leslie Lee, Naib Presiden Kids Asia Pacific, WarnerMedia
  • Sujit Chatterjii, Ketua Karakter Animasi Base FX

“Tahun ini, kami telah menggabungkan acara kandungan kreatif digital primer – LEVEL UP KL dan Kre8tif! – bersama. Ia sangat penting untuk mengkoordinasi industri permainan video dan animasi serta memacu lebih banyak peluang perniagaan dalam industri ini.

“Acara Persidangan Perniagaan & Rangkaian MYDCF akan memberi faedah besar kepada profesional industri kreatif, di mana mereka boleh memanfaatkan platform perniagaan ini untuk menerokai peluang perniagaan dengan pelabur, penerbit, penyiar, pengeluar studio, penyedia perkhidmatan dan ramai lagi yang turut hadir di acara ini. Selain itu, pemilik perniagaan atau korporat yang merancang untuk melakukan libat urus dengan perkhidmatan animasi dan permainan video, boleh berhubung dengan penggiat utama industri tempatan dan antarabangsa

Untuk mendaftar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021, boleh layari mdec.my/mydcf.

MDEC juga mengumumkan pelancaran Penyelidikan Industri Permainan SEA 2021, kertas penyelidikan serantau keempat yang menganalisis industri kandungan digital Asia Tenggara. Ini merupakan kertas ketiga yang fokus kepada industri permainan video di seluruh Asia Tenggara.

Laporan berkenaan mendedahkan berkenaan kepentingan industri permainan video di rantau ini. Pertama, ia mendapati Malaysia merupakan antara tiga destinasi terbaik di rantau ini untuk pelaburan permainan video dan pengembangan serantau, disebabkan oleh sokongan kuat oleh kerajaan, perniagaan yang konsisten dan pembangunan platform pasaran seperti LEVEL UP KL.

Penyelidikan berkenaan juga menunjukkan kematangan pembangunan industri permainan di Malaysia. Majoriti iaitu 52 peratus syarikat permainan tempatan terlibat dalam pembangunan permainan original dan perkhidmatan, merekodkan kestabilan kewangan. Ia meningkat berbanding 23 peratus pada 2015.

Tambahan, 38 peratus pembangun permainan pada 2021 menyasarkan ke arah platform PC manakala 1 daripada 5 syarikat telah membangunkan tajuk untuk konsol permainan, menunjukkan peningkatan kematangan dan kecanggihan studio permainan di rantau ini.

Laporan akan dikeluarkan pada 22 September 2021. Bagi ringkasan eksekutif laporan berkenaan, sila layari www.mdec.my/levelupkl.

May be a cartoon of text that says 'D kredtit ปp MOEC® We hear you! Bcp will be extended to 30th September! BUSINESS CONNECTION ROGRAM 13-30 September 2021'

MDEC juga melancarkan Malaysian Animation Marketplace dengan Vuulr. Menerusi kerjasama ini, Vuulr akan menyediakan hab katalog untuk animasi Malaysia, mencipta generasi peneraju dan laluan perjanjian berpotensi kepada syarikat tempatan menerusi rakan kongsi mereka. Platform ini dijangka dilancarkan pada penghujung 2021.

Selain itu, MDEC juga mengumumkan kerjasama dengan Games 4 Change Asia Pacific (G4C APAC), organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memperkasa pencipta permainan dan penginovasi sosial untuk memacu impak menerusi permainan dan teknologi, fokus kepada permainan untuk pembelajaran, kesihatan dan perubahan sosial.

MDEC dan G4C APAC akan melakukan kerjasama dan promosi silang di MYDCF 2021. Bermula dari 5 hingga 7 Oktober 2021, Games for Change Asia-Pacific Festival akan dilancarkan di seluruh rantau dengan festival maya secara percuma. Tambahan, dua buah studio Malaysia akan menghadiri festival berkenaan di bawah kategori Pemuliharaan Budaya.

Untuk segala maklumat tentang MYDCF 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysia Digital Creativity FestivalMDECMYDCF 2021tempatan
Previous Post

Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic

Next Post

Review Cloud Gardens – Cipta taman bunga di atas awan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Cloud Gardens – Cipta taman bunga di atas awan!

Review Cloud Gardens - Cipta taman bunga di atas awan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd