Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MDEC ialah wakil SEA untuk YANA! Acara gaming atas talian yang ingin menyatukan 10 JUTA pemain semasa isolasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Mobile, PC, Streamer/influencer
0 0
0
MDEC ialah wakil SEA untuk YANA! Acara gaming atas talian yang ingin menyatukan 10 JUTA pemain semasa isolasi!
Share on FacebookShare on Twitter

You Are Not Alone (YANA) diciptakan oleh beberapa syarikat permainan video besar dengan cita-cita untuk mewujudkan acara gaming atas talian besar untuk mengumpulkan lebih daripada 10 juta pemain di seluruh dunia. Acara ini akan berlangsung pada 2 Mei 12PM GMT sehingga 12AM GMT dengan siaran langsung rasmi di Facebook Gaming dan Twitch. Acara ini mendorong pemain di seluruh dunia untuk turut serta dan bermain permainan video kegemaran mereka dengan rakan-rakan, keluarga, ataupun selebriti.

https://twitter.com/10milliongamers/status/1247873702705979392

Antara rakan rasmi termasuk Barclays, Codemasters, Facebook Gaming, EA, Sports Interactive, Ubisoft dan juga Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di mana mereka menjadi wakil untuk YANA SEA. Syarikat permainan video Malaysia seperti Team Magnus dan Kurechii juga akan mempunyai siaran langsung dan aktiviti mereka sendiri semasa YANA. Siaran langsung tersebut akan menganjurkan permainan sukan, permainan kasual dan permainan kompetitif untuk memastikan setiap pemain dapat terlibat. Jadual acara lengkap dan barisan kejohanan, tetamu dan cara untuk terlibat akan didedahkan tidak lama lagi.

Permainan video telah memainkan peranan penting untuk masyarakat selama beberapa minggu ini, dan memberi orang sebuah aktiviti dan cara untuk berkomunikasi semasa pengasingan diri kerana wabak virus. YANA diciptakan sebagai tindak balas terhadap isu ini. Baru-baru ini, pelbagai syariktat permainan video berkumpul untuk menyampaikan mesej #PlayApartTogether agar mendorong orang ramai untuk mengikuti garis panduan kesihatan dan keselamatan Organisasi Kesihatan Dunia untuk COVID-19. YANA menyokong inisiatif ini dan ingin membantu memacu mesej dengan lebih jauh dengan acara istimewa ini.

https://twitter.com/10milliongamers/status/1252716462923485185

YANA juga menyokong pelbagai badan amal yang memberikan bantuan kepada mereka yang terkena COVID-19 termasuk Persatuan Kanak-kanak yang memberikan sokongan kepada kanak-kanak dalam krisis. Just Giving akan bertindak sebagai pelantar sumbangan rasmi dan anda akan dapat memilih badan amal pilihan sendiri.

Ikuti Twitter rasmi atau lawati YANA.gg atau pergi sahaja ke laman YANA SEA untuk mengetahui lebih lanjut. Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam acara ini dengan membuat kandungan atau mendaftar untuk bermain dalam siaran langsung rasmi, sila daftarkan diri di YANA.gg. Jika anda sertai acara ini, jangan lupa untuk sertai hashtag #yana #yanasea #yanamy #PlayApartTogether di media sosial atau posting anda! Selamat bergaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraFacebook GamingMDECTwitchYANAYou Are Not Alone
Previous Post

Server PlayStation Network DOWN! Pemain PS4 mula mengamuk!

Next Post

Reka pakaian PUBG MOBILE & rebut peluang untuk memenangi IPHONE 11 PRO!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Reka pakaian PUBG MOBILE & rebut peluang untuk memenangi IPHONE 11 PRO!

Reka pakaian PUBG MOBILE & rebut peluang untuk memenangi IPHONE 11 PRO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd