Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mastra – Game MOBA Asia Tenggara Oleh Todak Studios!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 30, 2024
in Artikel, Berita, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
Mastra – Game MOBA Asia Tenggara Oleh Todak Studios!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan Togather Island dan Police Sentri, Todak Studios kini memperkenalkan game terbaru mereka, Mastra — sebuah game battle arena untuk platform mobile yang berlatarkan mitos, budaya dan legenda lama Sundaland.

Selepas mengumumkan game ini sejak tahun lepas, akhirnya Todak Studios memuat naik trailer pertama untuk Mastra yang anda boleh menonton di bawah:

Bakal dilancarkan pada hujung 2024, pemain akan dibawa ke alam Sundaland pada abad ke-7, sebuah era penuh dengan “pahlawan perkasa, kuasa mistik dan pertarungan epik.”

“Di tengah terletak bandar legenda Kataha, yang kini menjadi tanah suci untuk pahlawan yang hebat selepas mengalami pelbagai jenis peperangan yang tidak terkira banyaknya. Di sini, pahlawan berpadu dengan Sakka mistik, memperoleh kebolehan unsur yang mengubah pertempuran menjadi pertarungan epik.”

Kredit: Todak Studios

Menurut media thegame-onemega; game ini bukan sepenuhnya MOBA, sebaliknya Mastra ialah mobile battle arena di mana peta tiga laluan tradisional telah dikecilkan kepada dua. Satu lagi perubahan besar ialah game ini tidak menampilkan pembelian item. Sebaliknya, pemain boleh membeli upgrade elemental dan chakra secara berkala untuk mengubah suai kekuatan watak mereka.

Kredit: Todak Studios

Walau bagaimanapun, daya tarikan sebenar Mastra ialah jalan cerita, latar belakang dan visual yang mewakili pelbagai budaya dan mitologi daripada Asia Tenggara terutamanya Sundaland. Juga dipanggil Sundaica atau wilayah Sundaik, Sundaland ialah wilayah Asia Tenggara yang termasuk Borneo, Jawa, dan Sumatera di Indonesia, dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya, serta Semenanjung Tanah Melayu di tanah besar Asia.

Kredit: Todak Studios

Ini ditunjukkan melalui medan perang dan watak-wataknya yang unik seperti Rakai yang memegang gelaran “Hero of Kataha” (kini Kedah), Menjaya, healer yang diilhamkan daripada negeri Sarawak, Remaung yang direka berdasarkan harimau Malaya, dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menjadi antara yang pertama untuk mencuba Mastra secara eksklusif! Hanya datang ke LEVEL UP PLAY, dan lawat booth Todak Studios! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi game di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MastraTodak Studios
ShareTweetSend
Previous Post

Filem & Siri TV Dirancang Untuk Francais Control & Alan Wake!

Next Post

[EKSLUSIF] Fallout 76: Milepost Zero – Memperkenalkan Kawasan Baru Penuh Dengan Content!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[EKSLUSIF] Fallout 76: Milepost Zero – Memperkenalkan Kawasan Baru Penuh Dengan Content!

[EKSLUSIF] Fallout 76: Milepost Zero - Memperkenalkan Kawasan Baru Penuh Dengan Content!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd