Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Master Detective Archives: RAIN CODE Rasmi Lancar Jun Ini! Info Lanjut Gameplay Didedahkan!

Maira by Maira
February 9, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, Platform
0 0
0
Master Detective Archives: RAIN CODE Rasmi Lancar Jun Ini! Info Lanjut Gameplay Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Game terbaru daripada Spike Chunsoft ala-ala Danganronpa, Master Detective Archives: RAIN CODE telah mendedahkan tarikh pelancarannya semasa livestream Nintendo Direct pagi tadi. Pemain yang ternanti-nantikan game ini, ianya akan dilancarkan secara global pada 30 Jun ini.

Dibangunkan oleh Too Kyo Games, pencipta Danganronpa dan pengarah senario, Kazutaka Kodaka akan menulis jalan cerita permainan, Masafumi Takada akan mencipta soundtrack dan Rui Komatsuzaki juga kembali sebagai pereka watak.

Selain daripada tarikh pelancaran, kita juga didedahkan dengan elemen gameplay Master Detective Archives: RAIN CODE.

Sumber: Youtube Nintendo of America

Kita diperkenalkan dengan Mystery Labyrinth, sebuah dunia yang akan membantu anda dalam menyelesaikan penyiasatan anda. Di dalamnya, terdapat pelbagai gimik dan perangkap yang menanti pemain. Jadi untuk selesaikan kes yang diambil, anda perlu melepaskan diri daripada maze tersebut. Perjalanan anda juga tidak aman dengan adanya Mystery Phantoms yang akan cuba menghentikan anda daripada menjumpai kebenaran yang sebenar.

Sumber: Youtube Nintendo of America

Bermain sebagai Yuma, anda akan bekerjasama dengan Shinigami bersama-sama Master Detective lain yang datang daripada sebuah organisasi yang dipanggil World Detective Organization.

Setiap Master Detective mempunyai kebolehan supernatural tersendiri yang dipanggil Forensic Forte. Dengan kebolehan itu, detektif boleh mengumpulkan fakta dan bukti dengan mudah. Disguise pula membolehkan watak untuk meniru bentuk badan serta suara, Audial Aptitude mampu mengesan degupan jantung serta bisikan. Selain itu, kita ada Postcognition untuk melihat jenayah lama yang berlaku. Kesemua kebolehan ini boleh digunakan Yuma apabila mencapai syarat tertentu. Jadi gunakannya untuk selesaikan kes.

RAIN CODE
Sumber: Youtube Nintendo of America

World Detective Organization turut mempunyai musuh yang dikenali sebagai Amaterasu Corporation. Mereka merupakan sebuah syarikat mega yang mengawal Kanai Ward. Kerana terikat dengan kes-kes lama yang tidak selesai, mereka menggunakan pengaruh besar mereka untuk memalsukan atau menyembunyikan bukti malah memberikan halangan supaya kebenaran tidak terbongkar.

RAIN CODE
Sumber: Youtube Nintendo of America

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk dapatkan kemas kini baru Master Detective Archives: RAIN CODE! Untuk segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Master Detective Archives: RAIN CODERAIN CODE
Previous Post

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie bakal dilancarkan pada 1 Jun 2023!

Next Post

Disney Illusion Island kini diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Julai 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Disney Illusion Island kini diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Julai 2023!

Disney Illusion Island kini diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd