Pada satu ketika, ia kelihatan seperti Master Chief daripada Halo bakal membuat kemunculan dalam Super Smash Bros. Ultimate. Nampaknya ini bukan lagi satu kemungkinan kerana tibanya Banjo-Kazooie; dan tidak mungkin kita andaikan 2 lagi slot kosong dalam roster game ini akan diberikan kepada watak Microsoft.
Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang daripada modder menambahkan sendiri Master Chief dalam roster. Dengan menggunakan Snake sebagai template, seorang modder Demonslayerx8 telah melakukannya. Tetapi Master Chief sepenuhnya menggunakan gerakan, pose kemenangan daripada Snake. Apapun, masih hebat boleh melihat Spartan ini di dalam game.
https://youtu.be/jaVBdYN3qr8
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peluang untuk Master Chief dimasukkan secara rasmi dalam game ini adalah sangat-sangat tipis. Tetapi buat masa ini masih ada sedikit sinar harapan dia akan muncul pada masa depan, terutama sekali selepas Banjo-Kazooie di tambahkan.
Bercakap berkenaan 2 lagi slot dalam roster, telah timbul satu khabar angin yang meragukan dimana ia mengatakan watak DLC keempat game ini adalah watak dari Undertale, manakala yang kelima adalah Waluigi. Walaupun tidak terdapat kebenaran, sebagai gamer kita boleh mengimpikannya.
Sumber: comicbook.com
@gamersantaimy
Discussion about this post